” Wah finally, cosy dan simple, elegant gitu rumah Zulin.. ” – Netizen

Zulin Aziz Kongsi Video Dekorasi Ruang Tamu Rumahnya Yang Telah Siap Sepenuhnya Raih Perhatian Peminat. Wah Cantik Sungguh, Tenang Je. Barulah Rumahku Syurgaku !!

Pada perkongsian terdahulu, pelakon yang juga bergelar usahawan, Zulin Aziz ada berkongsikan suasana dalaman rumahnya yang sedang dalam proses dekorasi. Zulin sememangnya gemar menghias rumah kerana sukakan rumah yang kemas.

Meninjau entry terbaru Zulin di akaun Instagramnya, telah dikongsikan ruang tamu rumahnya yang telah pun siap sepenuhnya. Elegant, itu yang dapat diungkapkan untuk ruang tamu rumah Zulin ini. Pemilihan warna yang lembut membangkitkan lagi suasana tenang yang diimpikan oleh Zulin.

Kata Zulin, dia sukakan yang simple sahaja. Cara susun atur kerusi dan ruang menonton televisyen juga nampak kemas sekali. Itu belum lagi pemilihan perabot-perabot lain yang membuatkan ruangan ini nampak eklusif dan menarik.

Perkongsian oleh Zulin ini telahpun mendapat perhatian tidak hanya peminat malah rakan artis yang lain juga. Rata-ratanya suka melihat dekorasi rumah Zulin ini dan tidak kurang juga yang meminta Zulin membantu mendeko kediaman mereka juga.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, lebih 6000 tanda suka telahpun dicatatkan untuk posting oleh Zulin ini. Antara komen-komen peminat :

” Cantiknya simple and cozy je Zulin. I need pictures for references please. kalau video jenuh nak pause nak tengok items.. “

” Tolong decokan rumah aku pulak hehe. Ee comelnya wing chair gebu tu. Cantiknya rumah colour camni.. “

” Cantiknya, sofa gebu tu ger4m ek, macam mashmallow. Ruang tamu simple yg aq rasa best sangatĀ² bila kita nak santaiĀ² tu rilex dan tenang je rasanya.. “

” Cantik dan simple, kerusi kecik tu comelnya. Cantik sangat rumah Zulin ni, love banyak-banyak.. “

” Love sangat, cantik deco rumah Zulin. Tenang je, elegant gitu rumah Zulin. Combine dengan ada kayu-kayu sikit, lawa sungguh.. “

” Cantiknya rumah Zulin, macam tuannya cantik sokmo. Teramat cantik deco, setenang-tenangnya, barulah rumahku syurgaku ni.. “

” Wah finally, cantiknya rumah, me too suka white and simple too. Cosy dan simple, terasa auranya.. “

Ramai yang mengidamkan suasana rumah sebegini, mungkin dengan perkongsian Zulin ini boleh dijadikan ilham untuk menghias kediaman masing-masing. Moga ada lagi perkongsian Zulin pada masa akan datang menunjukkan ruangan lain pula.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zulin Aziz

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..