” Untunglah pak dia designer let0p, cantik konsep parti tu.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Sekitar Majlis Hari Lahir Anak Pereka Fesyen Terkenal Ruzaini Jamil, Wan Rahil Yang Pertama Raih Perhatian Ramai. Wow Meriahnya, Warna Tema Dan Deko Pun Cantik !!
Meninjau di akaun Instagram milik pereka fesyen terkenal, Ruzaini Jamil telah berkongsi gambar-gambar sekitar majlis sambutan hari lahir anaknya iaitu Wan Rahil yang pertama. Turut kelihatan bersama adalah sahabat baiknya, Rizman Nordin serta keluarga.
Perkongsian oleh Ruzaini itu telah mendapat perhatian ramai. Manakan tidak, konsep sempena hari lahir anaknya yang bertemakan warna biru lembut itu kelihatan sangat menarik dan juga kelihatan begitu ekslusif.
Kongsi Ruzaini pada postingnya yang lain, dirinya bersyukur kerana dapat mengadakan majlis istimewa buat Rahil. Selain itu, turut ditulis oleh Ruzaini adalah ucapan dan luahan kasih sayangnya buat Rahil.
Sehingga kini, perkongsian posting oleh Ruzaini itu telah mendapat ribuan tanda suka oleh netizen. Alahai meriah betul, lagi-lagi majlis tersebut turut ada bersama adalah ahli keluarga Ruzaini yang datang dari negeri Perak.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir buat Rahil dan memuji deco majlis sambutan hari lahir Rahil sangat cantik. Antara komen-komen menarik adalah :
” Untunglah pak dia designer let0p, cantik konsep parti tu. Selamat hari lahir Rahil, moga kamu menjadi anak yang soleh.. “
” Wahh cantiknyaaa, suka lah warna biru ni. Nampak tenang ja. Happy Birthday Rahil, comel tengok birthday boy ni.. “
” Kejap kan masa, dah setahun umur Rahil. Selamat hari lahir Rahil, makcik doakan semoga Rahil snetiasa menjadi anak yang baik buat abah dan ibu.. “
” Comel tengok Rahil dan Rizqaa, nampak mcm dua beradik lah. Happy Birthday Rahil, konsep birthday pun dah macam ala-ala putera raja gitu.. “
” Meriahnya besday Rahil. Baru umur 1 tahun, abah dah buat majlis grand2, bertuahnya kamu anak, sleamat hari lahir.. “
” Canti betul tema hari lahir anak Ruzaini ni, suka tengok gambar family Ruzaini dan Rizman Nordin, dah macam satu keluarga.. “
” Happy Birthday Rahil handsome. Didoakan semoga Rahil menjadi anak yang sangat baik dan sentiasa menjadi penyeri kehidupan keluarga.. “
Wahh, cantik betul deco majlis hari lahir Rahil. Meskipun hari lahir Rahil sudah berlalu beberapa hari, kami dari Oh Kopak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir buat Rahil, semoga Rahil sentiasa membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Ruzaini Jamil
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..