” Tiba-tiba sayu, kesian anak-anaknya.. ” – Netizen
Temubual Geng Pagi Hot FM Bersama Salah Seorang Ahli Keluarga Viral Yang Melambai Di Tambak Johor. Alahai Sed1hnya Dengar Kisah Keluarga Ini. Lama Betul Tak Berjumpa Anak-Anak Dan Isteri. Bertabahlah !!Β
Menurut laporan Portal Harian Metro semalam, aksi melambai antara Mohd Izwan dan isterinya Liana yang terp1sah di antara dua negara mendapat perhatian ramai. Izwan yang bekerja di Singapura sudah beberapa bulan tidak bertemu anak dan isterinya yang menetap di Johor.
Aksi mereka ini sempat dirakam adik ipar Izwan yang turut menemani ketika itu. Adik kepada Izwan bernama Shafika yang memberikan cadangan supaya Izwan dan Liana pergi ke jeti berkenaan kerana Shafika juga menggunakan cara yang sama untuk melihat suaminya yang turut bekerja di Singapura.
Meninjau akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan satu temubual antara Geng Pagi Hot iaitu Shuib, Shuk Sahar dan Fizi bersama Shafika. Mereka membuat panggilan kepada Shafika untuk mendengar lebih lanjut tentang kisah ini.
Shafika menceritakan pada awalnya mereka hanya menggunakan handphone namun samar-samar. Reaksi anak-anak yang nampak wajah menjer1t-jer1t memanggil ayah mereka ini. Hari berikutnya barulah mereka membawa teropong untuk melihat wajah satu sama lain dengan lebih jelas.
Jom tonton video di bawah :
Melihat gelagat anak-anak dan pasangan ini melambai-lambai dari jauh membuatkan ramai netizen seb4k. Iyelah lama tidak berjumpa pastinya kerinduan itu menebal di dalam jiwa masing-masing. Antara komen-komen mereka :
” Aku seb4k pulakk pagi pagi ni .. moga dipermudahkan urusan keluarga ni .. rinduu oitt.. “
” Ramai lagi yg terpis4h. Doakn kami kuat dgn kejauhan ni. Kami la mansa C0v1d-19 dan inilah pengorbanan kami.. “
” Wahh bestnya boleh cuba ni.. semoga terus kuat.. “
” Pagi2 dah buat air mata kita jat0h tau.. “
” Alamaknye sodihnyee.. smga trus kuat.. “
” Inilah yg aq rse jgk saat ni. bila ank2 terus mengira Hari bila ayahnya nk blk.. “
” Tiba-tiba sayu, kes1an anak-anaknya. Ok mata sis dah masuk hab0k.. “
” Aku menang1s wey. Aku p kerja anak vc call pon dah rindu padahall baru ja tinggai. Ni kn 7bulan. Semoga Allah permudahkan segala urusan akak sekeluarga. Aameen.. “
Hanya yang melalui tahu betapa rindunya tidak bertemu insan tersayang. Pintu sempadan juga tidak diketahui bila akan dibuka dan semuanya menghitung hari untuk kembali bersama semula. Apa pun, untuk Izwan, Liana dan Syafika semoga kalian terus kuat dan masanya pasti tiba untuk semua kembali bertemu mata. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG H0t Fm, FB Mohd Izwan Sarip, Portal Harian Metro
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..