” Terharu mendengarnya doa budak kecil yang tiada d0sa dan tiada hijab.. ” – Netizen
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Kongsi Nota Suara Daripada Adik Qaisara Jannah. Alahai Suara Dan Doa Yang Sangat Menyentuh Hati Sehingga Ada Yang Menitis Air Mata. Cepat Sembuh Dr Zulkifli !!
Menurut laporan portal Sinar Harian, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama ) telahpun disahkan dijangk1ti wab4k C0v1d-19. Dr Zulkifli kini sedang dirawat di salah sebuah hospital di Seremban.
Dr Zulkifli turut sama memaklumkan berita ini di akaun sosial Instagram dan Facebooknya. Hasil tinjauan kami di Instagram Dr Zulkifli, telah dikongsikan satu nota suara daripada salah seorang pemenang program Iqra Challenge Nuzul Quran anjuran Jakim iaitu Qaisara Jannah.
Si kecil ini bertanyakan khabar Dr Zulkifli dan juga warga JAKIM yang lain. Adik Qaisara ini turut sama meluahkan rasa sed1hnya apabila mengetahui tentang mus1bah yang men1mpa Dr Zul. Apa yang menarik pada anak kecil ini, doanya yang ikhlas dan penuh pengharapan agar Dr Zulkifli kembali sembuh seperti sediakala.
Dr Zulkifli turut menulis di kapsyennya itu keadaannya terkini yang sihat-sihat sahaja. Siapa tidak sayu apabila menerima kiriman suara daripada anak kecil sebegini. Dr Zulkifli juga meluahkan rasa gembira dan terharunya atas ingatan Adik Qaisara dan mendoakan semoga Qaisara menjadi anak yang solehah.
Jom baca perkongsian di bawah :
Suara adik Qaisara ini kedengaran tulus dan ianya menarik perhatian netizen. Ramai juga yang menitipkan doa dan memberikan kata semangat untuk Dr Zulkifli. Antara komen-komen mereka :
” Aminn adakah sy je dgr sambil menang1s. moga Allah pelihara kita smua.. “
” Comelnya awak si kecil… Moga jadi anak solehah ya dan Moga Dr sentiasa diberi kesihatan yang baik.. “
” Terharu mendengarnya, ramai syg datuk.. cepat sembuh datuk.. Nang1s dengar… InnsyaAllah, Dato akan kembali sehat… Aamiiin.. “
” Comelnya suara adik Qaisara Jannah. Semoga Tuan Guru kembali sembuh aminn.. “
” Sayu dgr suara adik.. kita sama2 doakan ye dik semoga Allah sembuhkan dan angkat c0v1d 19 buat datuk dan semua yg di jangkiti.. Aamiin.. “
” Allahuakbar comelnya suara dia.. anak yg baik solehah.. such a caring baby.. “
” Allahu. Anak kecil ni sudah pandai menghargai ulama’. Jadi anak solehah, adik.. “
” Comel sgt suara tu… Semoga Dato’ segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan.. “
” Doa budak kecil yg tiada d0sa, tiada hijab. semoga diaminkan dan diperkenan Allah taala.. “
Indah sungguh mendengar ungkapan adik Qaisara ini. Ker1sauan dan rasa kasihnya pada Dr Zul buat peminat ikut seb4k. Kami di Berita Kopak mendoakan agar Dr Zulkifli dikurniakan kesembuhan oleh Allah dan kembali seperti sihat seperti sediakala. Buat adik Qaisara, semoga menjadi anak yang solehah, Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dr Zulkifli Albakri, Portal Sinar Harian
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..