” Tahu dah muncung Afwa tu dapat dari mana. Tak dapat disangkal lagi, haha.. ” – Netizen
Video Mimik Muka Spontan Dato’ Seri Siti Nurhaliza Yang Sama Seperti Anaknya Muhammad Afwa. Eii Sebijik Sama Lah Masa Buat Mulut Muncung Tu. Video Afwa Dengan Uncle Aqo Imran Tu Pun Comel. Sempat Lagi Jeling Sebelum Duduk, Hehe !!
Penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza kini sudah pun bergelar ibu kepada 2 orang anak. Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa menjadi buah hati pengarang jantung Dato’ Siti serta suaminya, Dato’ Seri Khalid Jiwa.
Seringkali dikatakan oleh peminat, wajah Aafiyah seperti Dato’ Khalid. Manakala Afwa pula mewarisi wajah Dato’ Siti. Tidak kurang juga sebaliknya dan masing-masing mempunyai sisi pandangan yang berbeza. Meninjau akaun Instagram babyctdk, telah dikongsikan satu video pendek yang memaparkan reaksi wajah Dato’ Siti yang dirakamkan tanpa sengaja dalam sebuah acara.
Dato’ Siti yang memakai baju berbelang hitam dan tudung cerah nampak comel sahaja walaupun mukanya sedang mony0k. Melihat akan hidung dan mulut tu, seperti melihat Afwa. Gaya muncung yang sama, pandangan dan lirikan mata juga serupa anak dan ibu ini.
Alahai ini baru betul-betul nampak Afwa c0py paste ibunya. Jarang dapat melihat wajah Dato’ Siti sebegini kerana senyuman selalu kembang mekar di wajah ibu Aafiyah dan Afwa ini. Mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi, iye tak haha.
Jom tonton video di bawah :
Sementara itu, video gelagat Afwa ketika berjumpa photographer terkenal, Aqo Imran turut meraih perhatian warganet. Untuk makluman, Afwa sememangnya rapat dan mesra dengan Aqo dan ini dapat dilihat dalam video yang sering dikongsikan oleh Aqo di Instagram miliknya.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian ini telahpun mendapat hampir 4000 tontonan sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen peminat :
” Afwa haha, tahu dah muncung Afwa tu dapat dari mana. Tak dapat disangkal lagi kesahihannya.. “
” Afwa hehe Afwa memang c0py and paste wajah ibunya sangatlah. Muncung mulutnya, hanya beza mulut afwa kecil.. “
” Mentang2 dah dpt kaki, tak smpai 5 saat dia duduk.. Eee omey angattt lahhh afwa ni. Pipi tuuuuu halahhhhh.. “
” Ololo so cute la afwa.. Ramahnya dia.. nun di hujung baju hijau ibu dia ke.. SubhanaAllah bamb4m nya pipi dia.. ger4m tengok.. “
” Ada kimia di situ.. hehe.. Afwa be like, tumpang duduk jap ye bang.. Dia jeling dlu yg penting.. “
” Alaaaaa geram lah kita tengok Afwa ni.. Pipiiii dia tak boleh bawak bincang labuh nyer. Ger4m.. Comeiiiii.. “
Patutlah Afwa suka membuat muka dan mulut muncung, ikut ibu rupanya. Comel seperti melihat Afwa versi dewasa apabila melihat Dato’ Siti ini. Afwa juga semakin hari semakin chubby, lagi lah nampak cute si pipi merah ibu itu.
Apa-apa pun, semoga Dato’ Siti sentiasa gembira, bahagia dan tenang bersama anak-anak serta suami tersayang. Dikurniakan nikmat kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah serta kedua-dua anaknya itu menjadi anak yang soleh dan solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Babyctdk, IG Ctdk, IG Aqoimran
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..