” Tahniah Fad dan Syaheera. Setelah hujan, Allah bagi pelangi indah. Kalau Abam ada mesti dia paling happy.. “

Syaheera Arahman Isteri Fad Bocey Kongsi Berita Kehamilannya Yang Ketiga. Hadiah Anniversary Paling Bermakna Tu. Tahniah Fad !!

Nama Fad Bocey bukan nama asing di kalangan pelawak-pelawak negara. Namanya yang cukup sinonim dengan kumpulan Bocey sering mendapat perhatian ramai. Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie bin Nizam adalah anak kelahiran Gelang Patah Johor.

Fad sudahpun berkahwin dengan pilihan hatinya bernama Nur Syahirah A. Rahman yang mana merupakan adik angkat kepada pelawak Jihan Muse. Melangsungkan perkahwinan pada 14 Mac 2015, pasangan ini sudahpun dikurniakan tiga orang cahayamata yang diberi nama Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.

Fad dan Syaheera sering berkongsikan aktiviti mereka bersama anak-anak di akaun sosial mereka. Fad yang memiliki pengikut setianya tersendiri sehingga kini mencapai 2.5 juta pengikut. Selain pelawak, Fad juga mempunyai suara yang sedap dan bergelar penyanyi.

Menerusi akaun Instagram, Syaheera telah berkongsikan beberapa keping gambar berserta kapsyen ucapan ulangtahun perkahwinan buat Fad. Syaheera yang turut sama mengkhabarkan berita gembira tentang kehamilan ketiganya itu buat netizen turut sama gembira. Alhamdulillah tahniah Fad !

Jom baca perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 5 daddy ,moga Allah terus melindungi ,memelihara dan merahmati rumahtangga serta keluarga kita .dugaan ?sgt banyak tapi hanya kesabaran yg jadi benteng utama .moga kita lebih matang dlm hubungan ni .susah senang kita biarlah jadi kenangan . . tak ada yg istimewa tahun ni tapi ada rezeki yang paling istimewa Allah bagi .nak tengok kena slide la .almost 2 months dan mommy mintak maaf takda special celebration .nak bangun berdiri pun tk mampu lgi .yes sgt teruk my first trimester .moga lebih kuat lepas ni .banyak kerja tertunggak .thank you daddy ,uruskan semuanya .urus makan minum mommy ,anak2 ,sekolah anak2 pun daddy siapkn .hanya Allah yg dpt balas .youre the best husband ever(walaupun gaduh confirm cakap bukan2 😝😝)love you❤️

A post shared by Syaheera❤️Fadzlie (@syaheeraarahman) on

Rata-rata netizen gembira dengan berita kehamilan Syaheera ini. Antara komen-komen netizen :

” Happy anniversary adik.. Tahniah nak dapat baby syaheera arahman.. “

” Happy anniversary ampa dua.. “

” Happy anniversary. Kak nina doakan cinta kalian sampai ke jannah. Semoga dapat keluarga sakinah,mawaddah, warohmah. Ameen. Tahniahhhhh.. “

” Tahniah syaheera semoga berkekalan hingga ke jannah.. “

” Happy anniversary syaheera Dan fad bocey semoga Allah permudahkan segala urusan murahkan rezeki family kalian dan tahniah nak boleh baby baru semoga baby sihat.. Amin.. “

” Tahniah Fad dan Syaheera.. Setelah hujan, Allah bagi pelangi indah. Kalau Abam ada mesti dia paling happy.. “

Alhamdulillah bakal bertambah meriah lagi keluarga Fad dan Syaheera. Siapa sangka setelah Fad berduka, Allah kirimkan hadiah paling berharga iaitu zuriat. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Syaheera dan kandungan sentiasa sihat dan dibawah lindungan Allah sentiasa. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syaheera Arahman by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..