” Baru betul apa wife nak haha Black. Lawak laaaa.. “

Video Black Hanifah Membuat Order Di Kaunter Drive Thru Buat Netizen Terhibur. Kreatif Sungguh Sampai Black Pun Tak Tahan Gelak. Terbaik Lah Puan Isteri !!

Siapa tidak kenal pemilik suara lagu ‘ Aku Rindu Sayang Kamu’ , Black Hanifah. Namanya yang memunc4k naik setelah memenangi pertandingan realiti TV, Mentor dibawah artis Mas Idayu membuatkan dirinya dikenali ramai. Black juga pernah mendapat pengiktirahan sebagai Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 24 menerusi lagu itu.

Menyingkap kehidupan peribadinya, Black sah menjadi suami kepada Naquia Yasirah Mohd Khairi pada 2013 yang lalu. Pernikahan yang dilangsungkan di Zebra Aquare Kampung Pandan ini menyaksikan penyatuan mereka sebagai suami isteri yang sah.

Kini setelah 7 tahun berlalu, mahligai bahagia mereka sudahpun dikurniakan dua orang cahayamata yang mana seorang lelaki bernama Khaleed Dayyan dan seorang cahayamata perempuan diberi nama Rindu Dayyana. Selain nyanyian, Black juga mengusahakan bengkel kereta yang diberi nama Nyawa Black Body and Paint Work.

Menerusi akaun Instagram, Black Hanifah telah berkongsikan satu video beliau sedang membeli makanan segera McDonald’s di laluan pandu lalu. Namun apa yang membuatkan netizen ketawa adalah cara Black membuat tempahan yang sangat unik itu. Wah langkah bijak daripada puan isteri ni.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen memuji cara bijak Black membuat order ini. Antara komen-komen netizen :

” Hahahaha berdekah black hanifah.. “

” Hahahahahhaeryyy cirakhairy.. “

” Terbaikkk caranya.. “

” Idea bernas ni, boleh diguna pakai.. “

” Hahaha.. Boleh order dengan hubby camni la pasni. Dia susah nak bagitahu apa yang kita nak.. “

” Baru betul apa wife nakk haha Black Hanifah.. Lawak laaaa.. “

Bijak sungguh cara order laki bini ni. Boleh ditiru gaya Black ni baru aman hubungan suami isteri. Haha.. Confirm tak silap beli lagi. Terbaik Black. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Black sentiasa gembira dan bahagia disamping isteri dan anak-anak tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Black Hanifah by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..