” Syukur Allhamdulillah, yeay Shah junior.. ” – Salina Saibi
Shah Iskandar Mahfuz Kongsi Gambar Bayi Lelakinya, Yusuf Zulkarnaen Raih Perhatian Netizen. Sudah 7 Hari Rupanya Yusuf Dilahirkan. Alahai, Comelnya Yusuf Ni, Putih Gebu !!
Menerusi tinjaun di Instagram, Shah Iskandar Mahfuz telah berkongsi gambar bayi lelakinya, Yusuf Zulkarnaen yang kini telah berusia 7 hari. Shah tidak berkongsi berita gembira ini sebelum ini kerana ingin fokus kepada isteri dan bayinya. Dalam perkongsian tersebut, Shah telah menulis di kapsyennya Yusuf telah selamat dilahirkan pada tarikh 10 Oktober 2020 di Umra Hospital Shah Alam.
Pastinya kelahiran Yusuf memberikan seribu satu rahmat dan kebahagian buat pasangan sama cantik sama padan ini, Shah dan isterinya Sarah Noris kerana keduanya telah menanti kelahiran bayi sejak 4 tahun yang lalu. Sebelum ini, Shah ada berkongsi tentang kehamilan isterinya pada Mei 2020, ketika meraikan ulang tahun isterinya yang ke 35.
Shah juga menyatakan penghargaan kepada isteri tercinta, keluarga, doktor dan peminat yang terlibat dan mendoakan mereka sekeluarga. Kapsyen panjang Shah sememangnya begitu menghargai insan-insan penting yang berada di sekeliling dan yang membantunya serta isteri.
Untuk rekod, Shah adalah artis yang semakin mencipta nama di Malaysia. Berasal daripada Singapura, Shah sememangnya berbakat dalam bidang lakonan dan banyak membintangi drama-drama di kaca televisyen. Shah sebelum ini merupakan seorang guru, telah memilih menjadi pelakon untuk merealisasikan impiannya sebagai pelakon.
Jom ikuti perkongsian gambar di bawah :
Perkongsian gambar baby ini telah mendapat pelbagai ucapan tahniah daripada rakan artis dan netizen. Antara komen-komen mereka :
” Alhamdulillah congrats.. ” – Ummi Nazeera
” Tahniah bro.. ” – Aaron Aziz
” Syukurrrrr Allhamdulillah.. Yeay shah junior.. ” – Salina Saibi
” Tahniahh, comelnyaaaaaaa.. ” – Sherry Alhadad
” Handsome baby boy.. congratulations shah and wife.. ” – Emilda Rosmela
” Tahniahh bro.. comeyy sangattt.. meh auntie gig1t skit.. “
” Tahniah.. MasyaAllah baby is so cute.. semoga jd ank yg soleh.. sihat.. cerdik dan dilindungi dunia akhirat.. Aamiin.. “
Sangat cute lah Yusuf ni, bukan main putih gebu lagi. Tahniah Shah dan isteri, akhirnya penantian berakhir dengan kegembiraan dengan kehadiran Yusuf dalam keluarga. Sesungguhnya Allah akan bagi tepat pada masanya. Selamat berpant4ng buat isteri Shah, Sarah. Semoga Yusuf membesar dengan sihat, menjadi anak soleh buat Shah dan isteri. Amin.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Shah Iskandar Mahfuz
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..