” Sweetnya tunggu depan pintu, sengeh-sengeh, penuh makna tu.. ” – Netizen
Ajak Shiro Kongsi Video Aksi Isterinya, Afifah Menyambut Kepulangannya Dari Kerja, Reaksi Kedua Mereka Ini Tarik Perhatian Ramai. Amboi Bukan Main Romantik !!
Kebahagiaan rumah tangga adalah satu impian yang semua pasangan impikan. Oleh itu pasangan suami isteri perlulah sentiasa semarakkan perasaan cinta meskipun telah lama berkahwin. Mereka juga perlu mengambil inisiatif mewujudkan suasana mesra dalam hubungan rumah tangga.
Begitu juga bagi pelawak terkenal, Ajak Shiro yang sentiasa dilihat begitu romantik bersama isterinya. Ada sahaja perkongsian di laman media sosial mengenai keluarga ini menarik perhatian. Mungkin sudah ramai yang tahu, Ajak dan isterinya ini mula bercinta ketika di bangku sekolah lagi hingga kisah cinta mereka membawa ke jinjang pelamin.
Menerusi perkongsian Ajak di akaun Instagram, telah berkongsi satu video memaparkan aksi isterinya yang sedang menyambut kepulangannya. Isteri Ajak, Afifah sedang menanti suaminya itu di hadapan pintu rumah mereka dengan memberikan senyuman yang penuh manja kepada Ajak.
Menerusi video itu juga, Ajak sempat menyak4t isterinya yang dikatakan memakai baju dalam keadaan terbalik. Seloroh Afifah, baju tersebut bukan terbalik namun adalah fesyen. Kemesraan pasangan ini dalam video itu turut mendapat perhatian warga netizen kerana dilihat begitu romantik.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat aksi pasangan ini yang saling menyak4t antara satu sama lain dalam video itu. Antara komen-komen netizen adalah :
” Jaga-jaga kadang-kadang dia pel0k tu sbnrnya nak bau ade perfume perempuan lekat tak kat baju tu, hehehee gurau jer, jgn mar4h.. “
” Sweetnyaa tggu kat pintuu sengeh2, bahagia tgk nya. Isteri2 akan jadi sweet mcm ni kalau suami2 jaga baikk2 mcm abg ajak jagaa keluarga dia.. “
” Sweet nya lah dua org nie , semoga Ajak dan isteri bhagia kekal hingga ke jannah Allah, amin.. Tumpang gembira tengok video ni.. “
” Tersengih-sengeh kita tengok video korang ni tau, memang nmpk bahagia sangat lah, pandai isteri Ajak layan dia.. “
” Wahh senyuman tu yang tak tahan, comel jer ha gaya Afifah sambut Ajak balik, alahai smga bahagia selalu ya korang.. “
” Aipp gaya penuh makna tu, hehehe jaga2 Ajak, lain macm dia sambut depan pintu tu, hahahah, kelakar part baju terbalik tu.. “
” Fuhh meleret senyum tu, sweet smpai boleh potong kaki ni tengok mesraan pasangan ini, alahai blh tambah baby kalau gini cara.. “
Terhibur dengan komen-komen para netizen, sempat lagi menyak4t Ajak yer. Apa-apa pun, video ni memang sangat sweet, kami dari Oh Kopak berharap semoga Ajak dan isterinya akan terus kekal bahagia bersama di samping anak-anak mereka yang sedang membesar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ajak Shiro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..