” Sweetnya husband Abil, kita yang baca pun tersenyum-senyum.. ” – Netizen
Posting Suami Nabila Huda, Izwan Sempena Ulang Tahun Kelahiran Nabila Raih Pujian Ramai. Kata-kata Sang Suami Yang Sangat Mencintai Bidadarinya, Memang Sweet Sangat !!
Pelakon Nabila Huda, atau lebih mesra dengan panggilan Abil ini sangat dikenali ramai. Berilah apa pun watak kepada dirinya, Abil mampu membawa watak tersebut dengan baik. Boleh dikatakan kesemua drama mahupun filem lakonan Abil pasti mendapat pujian ramai.
Untuk pengetahuan, hari ini 2 Disember merupakan hari lahir Abil. Meninjau di akaun Instagram milik suami Abil, Izwan tidak melepaskan peluang memberikan kata ucapan istimewa buat Abil. Malah menerusi posting itu juga, Izwan juga berkongsi gambar Abil.
Izwan mendoakan semoga isteri tercintanya sentiasa dalam rahmat Illahi. Malah Izwan juga berharap Abil sentiasa bahagia dalam meniti kehidupannya sekarang bersama keluarga yang tersayang.
Ucapan yang dikongsikan oleh Izwan itu telah mendapat perhatian ramai. Sehingga kini posting Izwan tersebut telah mendapat lebih 7 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Wow, jarang-jarang nak tengok suami Abil sweet macam ni, selalu tengok video kelakar jer dia dengan Abil.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang telah memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Abil dan selain itu mereka turut memuji suami Abil yang dikatakan seorang yang sangat romantik. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aamiin. Alahai sweetnya Bert. Happy birthday kupu-kupu.. ” – Betty Rahmad
” Happy birthday to u Cik Abil.. ” – Datuk Fizz Fairuz
” Subhanallah, Indah kata-kata dan doa buat suami kepada isteri tercinta. Selamat Ulang Tahun Hari Lahir Nabila.. “
” Sweetnya husband Abil, kita yang baca pun tersenyum-senyum. Happy Birthday Abil, semoga sentiasa bahagia bersama keluarga.. “
” Sweeeet nyeeeee, Happy bday to Abil. Tahniah dpt suami yg baik, moga dimurahkan rezeki dan bahagia selalu.. “
” Selamat hari lahir Abil. Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki diberi kesihatan yg baik dan diberkati yg maha esa.. “
” The best husband, bertuah isterinya. Happy Birthday Nabila, semoga terus berjaya dan kekal bahagia bersama suami hingga ke syurga.. “
Selain itu, kelihatan Abil turut membalas ucapan suaminya di ruangan komen.
Penuh bermakna kata-kata Izwan buat isterinya, memang sweet sangat. Apa-apa pun di kesempatan ini, kami dari Oh Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Abil. Semoga Abil terus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Kidweebee, Nabila Huda
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..