” Sungguh cantik, melayu asli.. “
Video Dan Gambar Majlis Malam Berinai Emma Maembong Dan Shazli Yang Bertemakan Tradisional. Wah, Cantik Sangat Baju Emma !!
Pada 20 Februari lalu, pelakon cantik Emma Maembong telah sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Bukit Damansara. Majlis dihadiri oleh kaum keluarga dan kenalan rapat sahaja.
Emma menerima mas kahwin sebanyak RM 2,000 dan senaskhah Al-Quran serta tujuh dulang berbalas lima dulang. Pada majlis berkonsep rona putih tersebut cuma dihadiri seramai 300 tetamu sahaja. Antara rakan artis yang hadir ialah Mawar Rashid, Alvin Chong, Aprena Manrose dan Oktovia Manrose.
Emma sebelum ini banyak dig0sipkan dengan beberapa artis lelaki antaranya Zizan Razak dan Kamal Adli namun tanpa disangka akhirnya beliau memilih seorang yang bukan dalam dunia seni. Kisah percintaan Emma dan Shazli selama ini tidak dapat dihidu oleh pihak media.
Menerusi akaun Instagram, video Emma dan suaminya, Shazli telah diraikan dalam satu majlis malam berinai yang berlangsung pada malam ini. Bertemakan melayu tradisional, Emma dan suami tampak kacak serta anggun dengan persalinan songket berwarna krim.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen memuji penampilan pasangan ini. Antara komen-komen mereka :
” Sungguh cantik, melayu asli.. “
” Cantik baju. Simple tapi tetap menarik.. “
” Bagai pinang dibel4h dua.. Sweet la dorg ni.. “
” So beautiful. Simple but nice.. “
” Cantik sangat.. “
” Cantiknya baju Emma.. “
Antara gambar-gambar sekitar majlis yang dikongsikan oleh CST Production :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya )
Sama cantik sama padan Emma dan suami. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga jodoh Emma dan Shazli berkekalan hingga ke Jannah. Semoga berbahagia selalu dan cepat-cepat menimang cahaya mata. Pasti comel seperti Emma dan Shazli.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shukri Kyle Emma, CST Production, Emma Maembong by Berita Kopak / Oh Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..