” Style g1la baju, seriously ingat memang style baju Tasha. Haha.. ” – Netizen
Datin Dr Halina Kongsi Cerita Yang Terjadi Kepada Anak Keduanya, Sophea Natasha Ketika Mereka Sedang Bercuti Buat Warganet Terhibur. Ad0i Lawak Lah Tasha, Nasib Baik Tak Kena Pakai Kain Telekung Mummy !!
Meninjau di akaun Instagram milik isteri angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Dr Halina telah berkongsi satu cerita yang telah terjadi kepada anak keduanya, Sophea Natasha ketika mereka sekeluarga pergi bercuti baru-baru ini.
Tulis Dr Halina, ketika mahu check out dari hotel, dia sangat sibuk mengemas baju anak-anaknya untuk disimpan dalam beg. Setelah itu, Dr Halina telah meminta staff hotel untuk membantu membawa kesemua beg pakaian mereka sekeluarga dibawa turun ke lobby.
Namun, Dr Halina telah terlupa men1nggalkan satu salinan pakaian untuk anak keduanya, Tasha yang masih lagi berendam dalam bathtub. Hanya tertinggal adalah satu-satunya beg baju Dr Halina dan sepasang kain telekung.
Mahu tidak mahu, Tasha terpaksa memilih baju ibunya itu untuk dipakai. Seloroh Dr Halina, Tasha tiada pilihan lain melainkan dia ‘sanggup’ untuk memakai kain telekung. Perkongsian gambar Tasha memakai baju Dr Halina telah mencur1 perhatian ramai.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya begitu terhibur akan perkongsian cerita Dr Halina itu. Antara komen-komen menarik adalah :
” Style g1laaa baju, seriously ingat memang style baju Tasha. Terhibur saya baca perkongsian Dr Halina kali ni.. “
” Nasib lah dia tak pilih telekung, haha dapat bayangkan mesti kelakar lah. Anak no dua ni memangg peranga1 lain dari yang lain, special skit, haha.. “
” Nasib baik tak tertinggal Tasha dalam bilik hotel dia sorang, haha. Punya lah si mummy kal0t packing baju anak-anak, terlupa juga sorang, haha.. “
” Begini la mak anak ramai. Ke mana2 always kira2 anak cukup ke tak. Btw, Tasha pakai la baju camne pun. Comey jer, hehehee.. “
” Haaha mak mak punya story, l enjoy reading Dr Halina. Cantik juga fesyen h1pster ni, aduhaiiii terhibur seketika.. “
” Nasib baik beg mak yg tinggal, kalau beg ayah yg t1nggal tak tahu apa jadi. Tak pa mak, anak mak comel je pakai apapun.. “
” Alahai Tasha, 2nd born tak pernah tak special. Sporting Tasha rileks je pkai baju mummy. Klu anak saya dh meraj0k ni, haahaha.. “
Terhibur baca kisah Dr Halina, tapi memang comel pula tengok Tasha pakai macam tu. Cool je dia, siap berhenti beli aiskrim lagi tu. Apa-apa pun, kami dari Oh Kopak berharap semoga Dr Halina sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta.
Silakan SHARE…
Sumber : IGĀ Dr Halina Mohd Yunos
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..