” Smart ooo Ryan, kenapa tak pakai bedak hehe. Comelnya wife dia.. ” – Netizen
Ryan Bakery Selamat Bernikah Dan Kini Sah Bergelar Suami Kepada Elyia Ibrahim. Gambar-Gambar Majlis Pernikahan Raih Perhatian Warganet. Selamat Pengantin Baru Budak Bedak, Cantik Isteri !!
Siapa tidak kenal dengan personaliti media sosial bernama Ryan Bakery. Terkenal dengan gelaran budak bedak kerana setiap content yang dipaparkan di media sosialnya mengenakan bedak di muka, Ryan antara influencer yang menjadi sebutan ramai.
Meninjau akaun Instagram Era.je, telah dikongsikan gambar-gambar yang memaparkan majlis pernikahan Ryan bersama gadis pilihan hatinya, Elyia Ibrahim. Untuk makluman, Ryan dan Elyia mengikat tali pertunangan pada bulan bulan Mei yang lalu.
Sudah tertulis jodoh Ryan dan Elyia, pasangan ini selamat bergelar suami isteri yang sah pada hari ini, tanggal 1 Oktober. Cantik dan segak kedua-dua mempelai dalam persalinan pengantin berwarna putih.
Sebagaimana yang dijanjikan oleh Ryan sebelum ini yang akan mempercepatkan untuk menghalalkan Elyia, impian mereka dipermudahkan oleh Allah. Seorang lagi jejaka idaman ramai gad1s-gad1s sudah off market nampaknya.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Ryan juga turut memuatnaik gambarnya bersama isteri di Instagram miliknya :
Perkongsian ini telahpun meraih perhatian daripada warganet dan sehingga kini hampir 14 ribu likes telahpun dicatatkan. Antara komen-komen peminat :
” Tahniah manusia yg selalu hiburkan kite semua di media sosial.. Selamat Pengantin Baru Boh ryanfahmibakery Moga Bahagia sampai Syurga. Amin.. ” – Zalif Sidek
” Ahhhh comel nya wifee dia. Hari nie tak pakai bedak lbh ke.. Selamat pengantin baru.. Barakallahu lakuma.. yg tgh tu single.. huhuhuhu.. “
” Congrats pengantin.. Dia ade hidang air mellow tak ? Berseri-seri.. Taniah dan selamat pengantin baru.. kenapa tak pakai bedak.. “
” Alhamdulillah.. mantap org manjunggg haha.. Mcm mana dia bt semat ouhh.. Cantiknya mama.. Tahniah ryanfahmibakery dan isteri.. “
” Semarrtttt oooooo ryanfahmibakery congratulations brother.. Nabil jadi host ke ? Haritu dia ada cakap kan.. “
” Macam shila amzah.. ryan minat kat shila amzah ke.. Omoo ni ke yg pakai bedak banyak ii tu hahahaha tk sangka dh kawin mat.. “
” Selamat pengantin baru semoga bahgia hingga jannah aaminn ryanbakeryfanpage.. Smart woooo.. tahniahhhh.. Mat Aiman pon kahwin harini.. “
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar buat Ryan. Selamat pengantin baru daripada kami di Berita Kopak. Semoga ikatan perkahwinan ini dirahmati oleh Allah dan dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan sehingga ke jannah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era.je, IG Elyia.ibrahim, IG Ryanfahmibakery
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..