“ Siapa sangka kan, saya naik gerek je sebelum ini.. “ – MUA Bellaz

MUA Bellaz Kongsi Gambar Terkini Ruangan Dalam Rumah Yang Nampak Mewah Buat Ramai Kagum. Part Dekorasi Bilik Tu Memang Superb. Wah, Inspired Sungguh Bellaz Ni !!

Rezeki merupakan satu konsep yang luas dan setiap manusia telah ditentukan rezekinya sendiri. Allah SWT memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan ianya juga tidak akan pernah salah alamat sesuai dengan pepatah bahasa Arab ‘man jadda wajada’, sesiapa yang berusaha pastinya akan berjaya.

Siapa sangka Nabilah Zulyadani atau mesranya dipanggil Bellaz, berasal dari kampung yang sebelum ini sederhana kehidupannya telah mencapai satu tahap yang membanggakan buat dirinya. Menerusi perkongsian video tutorial make-up di laman sosial peribadi, namanya kini telah dikenali melalui hasil tangan yang begitu cantik dalam solekan.

Bermula dengan membuat tutorial solekan berlatarkan papan rumah sahaja sebelum ini, Bellaz pastinya tidak menyangka usaha bermula daripada bawah ini membuahkan hasil untuknya dan keluarga. Kongsi Bellaz, selain membuat tutorial make-up, Bellaz turut menjual karipap setiap pagi sebagai salah satu sumber pendapatannya.

Hasil tinjauan di akaun Instagram Bellaz, telah dipaparkan satu ruangan bilik Bellaz yang menunjukkan koleksi beg tangan dan kasutnya. Apa yang menarik perhatian, dekorasi ruangan bilik tersebut sangat cantik dan kelihatan mewah. Pastinya Bellaz sangat gembira dengan rezeki hasil usahanya ini.

Jom ikuti perkongsian gambar di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian Bellaz ini telah mendapat perhatian pengikutnya. Terdapat peminat yang memuji sikapnya sama seperti dahulu walaupun sudah berada di satu tahap yang lebih senang. Malah mereka juga tumpang gembira dan bangga dengan hasil kejayaannya. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

“ Saya suka ketabahan bellaz.. inspirasi and bella dulu dan kini sama je karektornya.. Ya Allah bella.. Alhamdulillah rezeki.. “

“ Alhamdulillah.. Tahniah Bella.. We are so proud of you.. Tahniah bellaz dream come true.. Tahniah bellaz dream come true.. “

“ Tahniah bellaz… alhamdulilah.. rezeki Allah bg pd yg berusaha…. man jadda wajada.. rezeki allah tu luas dan tak pernah salah alamat wahai idola kesayangan ku.. “

“Alhamdulilah… rezeki bella mmg wauuu.. untung bellaz.. skg ramai syg.. Alhamdulillah.. berkat usaha, semoga Bella terus berjaya.. “

“ Alhmdulillah… cantiknyaa.. Alhamdulillah.. Congrats bella.. Tahniah bellaz.. Alhamdulillah syukur rezeki Allah.. “

“ Alhamdulillah.. Tahniah bellaz.. semoga terus maju jaya.. Perancangan Allah adalah sebaik2nya.. Ya Allah seronoknyaa dapat laguni.. “

“ Alhamdulillah.. rezeki allah kita takkan penah sangka kan bellaz.. tak sabaq nak tgk bilik makeup kak.. Lekaih la siap semuanya noh.. Nnty bole kami mai hantaq kuih sebelah qumah kak.. “

Kejayaan Bellaz ini sedikit sebanyak datangnya daripada seorang suami yang sangat supportive dalam hidupnya. Pastinya kejayaan ini sangat bermakna untuk dikongsikan bersama suami dan anak-anak. Kami di Oh Kopak mendoakan semoga Bellaz terus dikurniakan kejayaan dan sentiasa dimurahkan rezeki. Aamiin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG muabellaz

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..