” Sejuknya tengok anak-anak, pandai Aaron didik.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Anak-Anak Dato’ Aaron Aziz Raih Perhatian Peminat. Wah Dah Besar Semuanya. Yang Lelaki Handsome, Yang Perempuan Cantik Dan Sopan. Sejuk Mata Memandang !!

Hero bertubuh sasa, Dato’ Aaron Aziz antara yang masih lagi menjadi pujaan ramai peminat sehingga kini. Masih aktif dalam dunia lakonan, antara drama terkini lakonan Dato’ Aaron dapat dilihat dalam drama kepolisian, Gerak Khas Underc0ver.

Meninjau akaun Instagram Dato’ Aaron Aziz, telah dikongsikan gambar terbaru anak-anaknya, Danish Anaqi, Dahlia Arissa dan Dwi Ariana. Ketiga-tiga sudahpun meningkat remaja dan memiliki wajah yang manis sama seperti ibu dan bapanya.

Kata Dato’ Aaron, ketika ini, anaknya Danish sedang bercuti namun Dato’ Aaron tidak dapat menemui anaknya kerana Danish terbang ke Singapura untuk menziarahi pusar4 neneknya. Ketika neneknya ‘kembali menemui Pencipta’ , Danish berada di Jepun meneruskan pengajiannya.

Terasa cepat sekali masa berlalu, anak-anak yang dahulunya kecil sudahpun besar semuanya. Menyedari suatu hari nanti, semua anak-anak yang lain juga bakal menyambung pelajaran ke luar negara, Dato’ Aaron mengharapkan agar anak-anaknya ini sentiasa dalam lindungan Allah.

Jom baca perkongsian di bawah :

Penampilan anak-anak Dato’ Aaron ini mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Sukanya tengok anak-anak Aaron. Alhamdulillah berpakaian yang sangat sopan. Terbaik daddy dan mommy dia.. “

” Pandai Aaron didik anak-anak. welldone abang Aaron dan kak D, teruskan mendidik your daughters menjaga aurat. Semoga anak anak berjaya dunia akh1rat.. “

” Sejuknya tengok anak-anak, 3 beautiful children. Cantik yang tengah tu. Semoga Allah pelihara keselamatan mereka.. “

” Sekejap je rasa dia orang dah besar, macam baru je lagi tengok anak-anak Aaron kecil kecil. Ingat lagi dalam program tv, si kecik tu jual keychain yang dia buat sendiri.. “

” Masya Allah dah besar semuanya anak-anak Aaron. Semoga semuanya sentiasa dalam lindungan Allah swt.. “

” Tetiba macam dah besar semua, beautiful siblings. Danish dah macam Japanase boy pulak. May success be with all your children.. “

” Abang dah lain. besar dah anak anak abang Aaron. Bangga tengok, anak anak dididik tutup aurat. Sopan dan manis semuanya.. “

Alhamdulillah, anak harta dunia akh1rat Dato’ Aaron yang cantik dipandang mata. Semoga semua anak-anak ini berjaya dalam pelajaran dan menjadi seseorang yang berjaya kelak. Doa ibu dan ayah serta restu mereka mengiringi setiap langkah kalian.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aaron Aziz

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..