” Sedap suara Indah, seindah namanya.. ” – Netizen
Fedtri Yahya Kongsi Video Anak Sulungnya, Indah Sutera Jannah Sedang Berselawat. Dah Lah Comel, Cantik Dan Cerdik, Merdu Pulak Suaranya !!
Nama pengacara dan penulis lirik Fedtri Yahya tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan peminatnya. Untuk rekod, Fedtri dikurniakan empat orang anak iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Wildan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana, hasil perkongsian hidup bersama dengan Nurul Anati.
Meninjau ke laman Instagram milik Fedtri, Fedtri telah berkongsi sebuah video di mana anak sulungnya, Indah sedang berselawat dengan Selawat Tafrijiyyah. Selawat Tafrijiyyah merupakan amalan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Indah dilihat boleh menghafal selawat tersebut.
Indah yang mengenakan tudung berwarna peach serta selendang berwarna peach pekat yang menutupi dadanya kelihatan m4lu-m4lu ketika berselawat. Menerusi kapsyen tulisan Fedtri pada posting tersebut, Fedtri mengatakan anaknya, Indah yang berusia 9 tahun rupanya minat menyanyi.
Suara Indah sangat merdu didengar membuatkan mereka yang mendengarnya terpesona dengan kemerduan suaranya berselawat. Pelbagai reaksi diberikan peminatnya apabila menonton video tersebut. Bukan sahaja Indah mempunyai wajah yang comel malah sangat pandai berselawat.
Jom tonton video di bawah :
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji suara Indah yang sangat merdu dan sedap didengar ketika berselawat. Selain itu, juga mendoakan kesejahteraan buat Indah. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :
” Comel cantik cerdik.. Pakejnya.. Moga jadi anak solehah Indah.. Seindah namamu.. Ayu bak Sutera.. Bakal penghuni Jannah.. “
” Selawat Tafrijiyyah.. Teringat anak sendiri pun baca mcm ni.. Comel.. Baju ngam dh… lip lap lip lap.. Moga menjadi anak yg sollehah amin.. “
“Pandainya.. Suara sedap.. Anak2 saya pun Selawat yg ni di sek agama KAFA diorang setiap hari Jumaat.. Brselawat dlm keadaan malu2.. Indah amat.. “
” Sedap suara Indah seindah namanya.. Cantik dik jannah secantik namanya.. Merdunya suara.. Semuga jadi ank yg solehah.. “
” Sedap suaranya .. Cantik.. Sholehah dan bijak pandai.. Macam muka mak nya.. Semoga berjaya dunia dan akhirat .. Aamin.. “
” Sedap suara indah.. Pandai nya berselawat.. Alhamdulillah.. Sejuk perut Mak mengandung.. Moga menjadi ank solehah penyejuk hati daddy dan mama.. “
” Manisnya.. Comelnya kakak.. Merdu suaranya.. Bakat menyerlah sudah.. Sejuk hati dengar.. Alhamdulillah dah boleh hafal selawat Tafrijiyah.. “
Memang merdu suara Indah. Bagusnya Fedtri mendidik anak-anaknya mengenal dan mencintai Rasulullah S.A.W sejak mereka masih kecil lagi. Pastinya Fedtri sebagai bapa sangat bangga melihat pencapaian Indah. Semoga Indah menjadi anak yang solehah dan taat kepada ibu bapa.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fedtri Yahya
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo OH Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..