” Sedap suara anak Dato’ AC, suara Dato’ AC pun mantap sama macam dulu.. ” – Netizen

Video Dato’ AC Mizal Jamming Bersama Anak Terunanya, Reeve Damien Tarik Perhatian Warganet. Wah Gandingan Yang Mantap, Boleh Tahan Sedap Juga Suara Reeve. Fiona Versi 2022 Ni !!

Semakin melangkah maju ke hadapan, Dato’ AC Mizal yang dahulunya dikenali sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara kini telahpun mempunyai stesen televisyen sendiri. Sekalipun sibuk dengan jadual kerjanya, Dato’ AC tidak lupa meluangkan masa bersama keluarga.

Meninjau akaun Instagram Emyliadac, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ AC  jamming bersama anak terunanya, Reeve Damien. Kelihatan Reeve sedang asyik bermain dengan gitarnya.

Menyanyikan lagu berjudul Sempurna, ini adalah lagu kesukaan Datin Emylia. Sekalipun sudah berpuluh tahun berlalu, suara Dato’ AC masih maintain dan tetap lunak seperti dahulu. Memetik komen warganet, harmoni sahaja mendengar alunan suara Dato’ AC dan Reeve.

Reeve juga mewarisi suara merdu seperti daddynya ini dan raut wajah yang handsome. Seronok melihat Dato’ AC melayani anak terunanya ini seperti kawan rapat sahaja lagaknya. Ada rupa dan bakat, boleh teruskan legasi dato’ AC nanti ni.

Jom tonton video di bawah :

Antara perkongsian lain yang mempamerkan anak dan ayah ini menyanyi bersama :

Perkongsian ini telahpun meraih perhatian daripada warganet dan rata-ratanya memuji kelunakan suara Dato’ AC dan Reeve. Antara komen-komen yang dapat dikongsikan :

” Love this session jom buat program – daddy & son. kasi masok dekat youtube .. cover paling Nice.. “

” Woww, best duo. Sdp suara anak dato… terbaikk. Suara dato ac pun mantap. so harmonise sedap dengar.. “

” Sedapnya suara, Best ayah dan anak macam bff. Nice combination yg sgt baik.. sgt2 harmony.. “

” Sedap g1la suara dato. Bro u shud really keep on singing. U hv a unique buttery voice.. “

” Dato voice Masih WOW. Suara AC always awesome. Clean & Clear. Sebutan sharp. Terbaik Dato.. “

” Mana anak2 4u2c yg lain? Dah boleh buat 4u2c junior tu. Suara DAC still sama mcm duluuu.. “

” Buat lah rekod semula… Dato’ dengan anak Dato’… Hehehe… Versi 2022. Unik suara dato ac ni.. “

Mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi iye tak. Anak dan ayah apabila bergabung bertambah sedap didengar lagunya itu. Semoga Dato’ AC dan anak terunanya ini terus maju jaya pada masa akan datang dan gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Emyliadac

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..