“ Sama je muka tak berubah. Sekarang makin cantik.. “ – Netizen
Wan Sharmila Kongsi Gambarnya Semasa Kecil Sempena Ulangtahun Kelahirannya. Wahhh Siap Tocang Rambut Lagi Lala, Dari Kecil Memang Dah Comel. Part Umur Tu Memang Tak Sangka, Awet Muda Sangat !!
Wan Sharmila atau panggilan mesranya Lala merupakan pelakon yang semakin menjadi sebutan ramai menerusi drama popular siaran TV3, 7 Hari Mencintaiku. Baru-baru ini Lala juga dilihat aktif melibatkan dirinya dalam misi bantuan kemanusiaan. Terbaik, sikap seperti inilah yang perlu masyarakat kita contohi.
Terbaru, melalui perkongsian miliknya di Instagram, sempena ulang tahun kelahiran yang ke 39 tahun, Lala telah memuat naik satu gambar miliknya ketika usianya pada waktu kecil. Hal ini telah menjadi perbualan netizen yang menyatakan Lala sememangnya sangat cantik dan manis dilihat dari kecil.
Penampilan Lala sehingga kini kelihatan tidak banyak yang berubah. Senyuman, raut wajah dan figura mukanya masih terlihat mempersona. Betul-betul awet mudalah Lala ini. Walaupun umur sudah hampir 40 tahun, tetapi Lala nampak lebih muda daripada usianya.
Kenyataan Lala di ruangan caption Instagramnya juga menceritakan bahawa dia merupakan seorang budak yang kuat menang1s pada masa kecilnya. Malah, menerusi gambar tersebut menunjukkan dandanan rambutnya dilihat sangat kemas. Tak sangka dari kecil Lala pandai bergaya dan berdandan rambut.
Jom ikuti perkongsian gambar di bawah :
Sememangnya siapa yang melihat wajah Lala, pastinya akan terpikat dengan kecantikan yang dimilliki. Senyuman yang manis dan tutur kata yang lem4h lembut serta sopan membuatkan Lala disayangi ramai. Secara tidak langsung ramai netizen men1nggalkan komen-komen yang positif dan bersifat memuji. Antara komen-komen netizen :
” Comel… Sama je muka tak berubah… Sekarang makin cantik.. “
” Ni tak mcm kuat nang1sss.. ni mcm.. kalo ko cari p4sal ngan aku siap kau hahahaha.. “
” Alamak cute nyerrrr sampai skarang dia cute.. Sanah helwah kak lala.. comel je.. tak berubah langsung.. “
” Cute sampai skrg, may Allah bless u.. muke tak berubah lgsung.. comey je.. “
” Share same date.. Happy birthday lala.. aummm comel jerrr budak ni macam spe ehh.. “
” Budak tocang dua.. Dari kecik dah cantik.. happy besdayyyy akk lala.. “
” Chomelnya.. Serius.. Selama ni tak pernah komen tp kali ni kena bgtau gak.. Very nice pic.. “
Umumnya kecantikan adalah satu anugerah Tuhan. Sememangnya rupa paras yang cantik merupakan idaman setiap wanita. Masyaallah, memang cantik betul Lala ini. Oleh itu, sempena ulang tahun kelahiran Lala, kami di Berita Kopak mendoakan agar Lala sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan terus berjaya dalam apa jua yang dilakukan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG lala.wansharmila
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..