” Sak1t apa awak Memey Suhaiza, ada isi ke.. “

Terima Komen Abby Abadi Di Instagram, Jawapan Memey Buat Peminat Tersenyum. Macam Ada Sesuatu Je Ni !!

Sebut sahaja nama Memey Suhaiza dan Norman Hakim, pastinya semua akan terbayangkan pasangan yang romantis dan penuh dengan gelak tawa ini. Memey dan Norman melangsungkan perkahwinan mereka pada 24 September 2011 di Kota Tinggi Johor.

Penyatuan mereka ini memberikan mereka sehingga kini tiga orang cahayamata yang diberi nama Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim. Turut memiliki tiga orang dari perkahwinan Norman yang terdahulu bersama Abby Abadi yang bernama Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Keluarga bahagia Memey ini sering menarik perhatian ramai kerana keharmoniaannya. Tidak pernah dicalit dengan gos1p bur0k tentang rumahtangga mereka, pasangan ini kekal bahagia sehingga sekarang. Cara layanan Norman terhadap Memey dan anak-anak menjadi inspirasi pada pasangan lain.

Menerusi akaun Instagram, Memey Suhaiza berkongsikan cerita tentang dirinya yang sedang diuji dengan sedikit keuzuran dan mengucapkan ucapan terima kasih yang sweet buat suaminya Norman Hakim. Memey juga menyuarakan kebimbangannya tentang anaknya Mikayla yang masih menyusu badan.

Jom baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen mendoakan kesembuhan Memey. Antara komen-komen netizen :

” Semoga cepat sihat kak mey.. “

” Syafakillah kak.. “

” Semoga cepat sembuh mey, dipermudahkan urusan mey sekeluarga, amin amin.. “

” Moga kak mey cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya… Patut la tak ada gambar mikayla… “

” Allahuma Aamiin.. Moga diberi kesembuhan sepenuhnya.. “

” Get well soon memey suhaiza.. “

Namun komen dari kanda kesayangannya Abby Abadi mencur1 perhatian. Soalannya lain macam sahaja bunyinya dan jawapan Memey pun seperti ‘sesuatu’.


Beruntunglah Memey ada suami seperti Norman yang melayannya seperti tuan puteri. Andai kata sak1t yang datang membawa khabar gembira kehadiran orang baru, tahniah diucapkan. Rezeki tak dijangka mungkin, siapa tahu kan. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Memey cepat sembuh dan kembali sihat dan ceria seperti biasa. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Memey Suhaiza by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..