” Perghh uncle punya lenggok nyanyi tu memang power lah.. ” – Netizen

Video Uncle Grab Menyanyikan Lagu Dato’ Jamal Abdillah Raih Perhatian Warganet. Wah Untung Lah Uncle Dapat Menyanyi Depan Penyanyi Asal. Suara Uncle Pun Boleh Tahan Sedap Lah !!

Sebut sahaja nama penyanyi Dato’ Jamal Abdillah ini pasti ramai yang mengenalinya. Dato’ Jamal yang juga turut digelar sebagai Raja Pop mempunyai ramai peminat yang setia mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik radio Era telah berkongsi satu video yang memaparkan Dato’ Jamal sedang berada dalam sebuah kereta grab. Namun yang menarik perhatian adalah pemandu Grab yang merupakan seorang uncle berbangsa cina menyanyikan lagu Dato’ Jamal.

Kelihatan Dato’ Jamal begitu kagum setelah mendengar suara uncle tersebut yang boleh menyanyi lagunya dengan baik. Difahamkan Dato’ Jamal ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang.

Sehingga kini, video nyanyian uncle Grab tersebut bersama Dato’ Jamal di dalam kereta telah mendapat lebih 17 ribu tanda suka dan ratusan komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa teruja mereka menonton perkongsian video itu. Antara komen-komen warganet adalah :

” Mcm ni pnumpang tak byr pn tak pe, tp kna nyanyi dr pickup smp drop. Nk g konsert kna beli tiket lg mahal, record je dlm kete, hehe.. “

” Untung nya dpt jumpa Dato’ Jamal, sy minat sgt suara Dato’ Jamal. Rasa teruja tengok video ni, hehe bestnya.. “

”  Perghh uncle punya lenggok nyanyi tu memang p0wer lah. Rasanya uncle ni salah seorang peminat setia Dato lah.. “

” Wowww beruntungnya uncle dapat penumpang artis popular lah. Siap boleh berduet dalam kereta lagi kot.. “

” Suka dengan sikap Dato’ Jamal, memang sangat baik dan peramah, langsung tak berlag4k. Mesti tak tdo malam lah pakcik ni dapat jumpa Dato’ Jamal.. “

” Terbaik uncle, semoga Dato Jamal tetap diminati semua bangsa, terbaik jgk bt Dato Jamal sentiasa melayani peminatnya.. “

” Berdiri bulu romaku, hehee hebat lah jarang2 nak dapat tengok bangsa lain blh menyanyi baik lagu melayu, terbaik lah uncle.. “

Woww bukan biasa-biasa uncle ni, mungkin uncle ni antara peminat setia Dato’ Jamal. Apa-apa pun terbaik lah Dato’ Jamal melayan peminatnya tidak kira di mana jua berada. Semoga Dato’ Jamal terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG era.je, jamalabdillahofficial

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..