” Pandainya, lepas ni speaking Mandarin berab0k la Lara.. ” – Netizen
Video Lara Alana Belajar Bahasa Mandarin Di Rumah. Wah Makin Fasih Lah Sebutan Lara, Boleh Jadi Jurubahasa Mommy Dan Daddy Ni. Suara Tu Sebijik Macam Scha, Cute Je !!
Siapa tidak kenal dengan si cilik bernama Lara Alana. Anak sulung kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya kini sudah pun berusia 7 tahun. Untuk makluman, Lara merupakan pelajar di Cempaka Schools.
Seperti pelajar lain, Lara juga mengikuti pelajaran melalui Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Bukan mudah untuk anak-anak di usia seperti Lara untuk belajar secara online namun itu yang terbaik untuk keselamatan bersama.
Jika sebelum ini, video Lara sedang khusyuk menyiapkan tugasan bahasa Mandarinnya ada dikongsikan. Meninjau akaun Instagram Lara Alana, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Lara sedang mengikuti pelajaran bahasa Mandarin.
Dalam video ini, jelas kedengaran suara guru Lara sedang bercakap dalam bahasa Mandarin. Lara pula membaca perkataan yang tertulis di bukunya apabila ditanyakan oleh gurunya itu. Seronok pula mendengar sebutan Lara, macam suara Scha pun ada.
Jom tonton video di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )
Video Lara belajar ini mendapat likes sebanyak 4303 setakat kini. Rajin Lara belajar, selepas ini bolehlah ajar adik Lyla pula. Antara komen-komen peminat :
” Baju kelawar je, janji selesa Lara ye. Comel je Lara ni, suara macam Scha sangat hehe. Ni hen li hai, jia you, yi ji bang.. “
” Pandainya, LAra hui chiang huai yee hehe. Wo aini Lara, comel Lara ni. Bestnya tengok Lara belajar, tekun je.. “
” Wow kak lara belajar cina. kita belajar sama-sama lah. saya sekolah cina jgk. Semoga lara berjaya dalam pelajaran and be a good girl lara.. “
” Hello Lara, pandai Princess Lara belajar Mandarin. Nanti kita ber communicate dalam bahasa mandarin ye.. “
” Ajar aunty Mandarin Lara, makin fasih dan boleh faham apa cikgu cakap. Bijak dan cepat menangkap Lara ni. Lepas ni speaking berab0k la Lara.. “
” Pandainya Lara, Mandarin susah belajar sbb nak hafal banyak perkataan dan setiap perkataan ade puk0lan.. “
” Well done Lara, Lara rajin. Mandarin pun belajar. Lara ‘s Chinese lessons is much better than my kids.. “
Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Tambahan lagi kanak-kanak cepat belajar dan memahami bahasa jika didedahkan sejak kecil. Semoga Lara terus berjaya dalam pelajaran dan dapat menjalani proses PdPR ini dengan mudah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Lara Alana
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..