” Muka isteri Lan makin nampak muda dan cantik lah sekarang.. ” – Netizen
Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke- 12 Tahun, Lan Solo Kongsi Gambar-Gambar Ketika Awal Perkenalan Bersama Isterinya, Sheila Hassim. Makin Bertambah Usia, Semakin Cantik !!
Bagi yang mengikuti penyanyi Lan Solo di instagram pasti tahu Lan Solo sudah pun bergelar usahawan. Untuk pengetahuan, Lan telah menjalani perniagaan runcit barangan makanan dari negeri Sabah. Malah perniagaan runcitnya itu sekarang telah mendapat sambutan yang menggalakkan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Lan atau nama sepenuhnya Mohd Razlan bin Mohamed Yusof ini telah berkongsi ucapan serta video bersempena ulang tahun perkahwinannya yang ke- 12 tahun pada hari ini.
Menerusi video tersebut, Lan telah berkongsi gambar-gambar dari awal perkenalan bersama isterinya, Sheila Hassim di bangku sekolah hingga lah mereka berkahwin. Selain itu, Lan juga turut menitipkan ucapan agar ik4tan perkahwinannya bersama isteri tersayang akan kekal hingga ke syurga.
Perkongsian oleh Lan tersebut telah menarik perhatian ramai. Ada yang menyatakan isteri Lan kelihatan semakin cantik jika dibandingkan usianya ketika remaja. Hingga kini video tersebut telah mendapat lebih 2600 tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.
Ikut perkongsian tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai rakan artis dan juga peminat yang turut memberikan kata ucapan selamat ulang tahun perkahwinan kepada Lan dan isterinya. Malah mereka juga mendoakan agar Lan dan isteri sentiasa hidup bahagia bersama. Antara komen-komen menarik adalah :
” Uhhhh, ame yeoppp. Semoga kekal hingga ke jannah.. ” -Black Hanifah
” Happy anniversary.. ” – Feeya Iskandar
” Yeppi Aniversary uols.. ” – Khai Rosma
” Moga sentiasa dlm lindungan Allah n maju jaya d dunia serta akhirat. Happy Anniversary Lan dan isteri.. “
” Happy anniversary to both of you. Muka isteri Lan makin nampak muda lah sekarang ni, bertambah2 cantik.. “
” Lain terus wajah lepas kahwin, cantik lah Sheila. Selamat ulang tahun perkahwinan buat Lan dan Sheila, moga terus bahagia bersama.. “
“Amboi Lan, sweet betul. Alhamdulillah, Happy Anniversary, semoga berbahagia hingga ke jannah ya Lan dan isteri, amin.. “
Alahai sweetnya ucapan Lan untuk isterinya. Apa-apa pun, kami dari OH KOPAK mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat Lan dan isteri, semoga kalian akan terus bahagia bersama dan ik4tan perkahwinan ini akan kekal hingga ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Lan Solo
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..