” Comel je sampai kita yang tengok pun tersenyum rasa bahagia.. ” – Netizen

Gambar Dan Video Honeymoon Zizi Kirana Dan Yusuf Bahrin Buat Peminat Tumpang Bahagia. Wah Sweetnya Couple Ni, Zizi Pun Bertambah Cantik Pakai Tudung Labuh. Part Naik Perahu Tu, Romantis Betul !!

Diam tak diam, sudah hampir 3 bulan usia perkahwinan penyanyi cantik Zizi Kirana dan pelakon tampan, Yusuf Bahrin. Bercinta selepas kahwin membuatkan gelagat pasangan ini sentiasa mencur1 perhatian peminat kerana sikap romantis mereka.

Meninjau akaun Instagram Zizi Kirana, telah dikongsikan gambar dan video ketika Zizi dan Yusuf ke Pulau Semporna bagi berbulan madu. Kesibukan dengan jadual kerja yang padat baik dari pihak Zizi mahupun Yusuf membuatkan mereka tidak sempat berbulan madu sejurus majlis pernikahan.

Menggunakan masa singkat yang ada, honeymoon mereka ini nampak cukup bermakna bagi kedua-duanya. Puitis sekali ayat Zizi di kapsyennya, menunjukkan betapa bahagianya Zizi bersama habibi kesayangannya ini.

Semporna memang terkenal dengan keindahan pantai dan air lautnya yang membiru. Sesuai sekali dengan mood honeymoon, aktiviti yang dijalankan oleh Zizi dan Yusuf juga mendapat perhatian daripada peminat.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Zizi ini telahpun mendapat lebih 70 ribu likes daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Feels like watching a movie, cantik sangat. Semoga berbahagia dan kekal hingga ke jannah. Happy tengok zizi sekarang. Take care both of you.. “

” Sesungguhnya hubungan halal itu indah, love sangat this couple. Seronok bercinta lepas kahwin, lain betul feelingnya.. “

” Suka sangat tengok, Zizi pun cantik bila bertudung labuh macam ni. Untung Yusuf dapat isteri yang menjaga aurat.. “

” Sweetnya, cantik orangnya seindah tempatnya juga. Menang1s bahagia tengok video ni, semoga Zizi dan Yusuf bahagia selalu.. “

” Bersemut hp ni tengok, so sweet. Bahagia kita yang tengok ni, alhamdulillah. Jeles tau, romantik sangat.. “

” Lelaki yang tepat dan masa yang tepat, Allah terbaik. Semoga berbahagia hingga ke Jannah dan terus istiqomah.. “

” Comel je sampai kita yang tengok pun tersenyum rasa bahagia. Best pulak tengok part naik sampan tu. Sejuk mata memandang Zizi sekarang.. “

Peminat pun ikut seronok dan bahagia melihat kebahagiaan Zizi dan Yusuf ini. Pemakaian Zizi juga mendapat pujian peminat. Apa pun, doa yang baik-baik sentiasa mengiringi Zizi dan Yusuf. Semoga berkekalan berkasih sayang sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizi Kirana, Imani Imtiyaz, Inaijari

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..