” MasyaAllah.. Anak syurga ini bijak sungguh, kata katanya ikhlas menyentuh jiwa.. “
Kiriman Surat Dari Anak Istimewa Wan Azmeen Aiman Wan Ahmad Buat Dr Zulkifli Albasri Buat Netizen Seb4k. Besarnya Kasih Sayangmu Ya Allah !!
Siapa tidak kenal nama Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri. Dilahirkan pada 16 Januari 1969, beliau menjadi Mufti Wilayah Persekutuan pada 23 Jun 2014. Anak jati negeri Terengganu ini dilahirkan di Kemaman dan dibesarkan di Kuala Terengganu.
Mendapat pendidikan di Universiti Islam Madinah di dalam bidang Sarjana Muda Syariah dan melanjutkan lagi pengajiannya itu di Syria. Kehebatan Dr Zulkifli sangat terserlah di mana beliau banyak memperoleh anugerah dan pengiktirafan kerana ilmunya itu.
Antara anugerah-anugerah yang diberikan kepada beliau adalah Anugerah Tokoh Penulisan Islam, Anugerah Tokoh Maulidul Rasul Peringkat Wilayah dan Anugerah Tokoh Maal Jihrah Peringkat Negeri Terengganu. Pada 9 September 2019 ketika sambutan ulangtahun keputeraan rasmi Yang Di Pertuan Agong, Dr Zulkifli dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara.
Menerusi akaun Instagram, Dr Zulkifli Albakri telah berkongsikan sekeping surat dari seorang pengikut setianya bernama Aiman. Apa yang istimewanya adalah Aiman yang merupakan seorang aut1sme boleh menulis bingkisan seindah ini yang membuatkan ramai seb4k.
Jom baca perkongsian di bawah :
Rata-rata netizen memuji kebijaksanaan anak syurga ini. Antara komen-komen netizen :
” MasyaAllah.. Anak syurga ini bijak sungguh, kata katanya ikhlas menyentuh jiwa.. “
” Seb4k baca sebab saya pun ada anak aut1sme.. Semoga saya kuat untuk didik anak saya kejalan yang diredhai.. “
” Aiman sayang Datuk Seri kerana Allah SWT.. “
” Allahuakbar, berkaca mata saya baca surat dia. Semoga kedua-duanya berada dibawah lembayung kasih sayang Allah.. “
” Syahdu tulisan Aiman, terasa keikhlasannya.. “
” Masha Allah… Hebatnya allah.. Kurniakan anak syurga ni akal yang bijak.. “
Siapa yang boleh menyangkal kehebatan Allah. Terlahir tidak sempurna bukanlah bermakna tiada keistimewaan. Allah menciptakan sesuatu dengan penuh kesempurnaan. Bingkisan Aiman ini membuatkan semua yang membacanya mengambil iktibar dan pengajaran dari penulisannya itu.
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga impian Aiman itu akan menjadi kenyataan dan sesungguhnya Allah sayang Aiman.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Drzulkifli.albakri, IG Mstaronlineofficial by Berita Kopak / Oh Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..