” Makin besar makin cantik lah dia, selamat hari lahir Danisha.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anak Ketiga Norman Hakim Dan Abby Abadi, Maria Danisha Hakim Raih Perhatian Warganet. Alahai Sebiji Muka Abby Bila Dah Besar, Cantik !!
Meninjau di akaun Instagram milik isteri Norman Hakim, Memey Suhaiza telah berkongsi beberapa gambar dan video sekitar sambutan hari lahir anak ketiga Norman iaitu Maria Danisha Hakim yang ke 14 tahun semalam.
Kelihatan ada bersama adalah anak-anak Memey yang lain serta dua lagi anak Abby iaitu Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania Hakim yang kesemua mereka telah memakai baju tema berwarna merah jambu.
Di ruangan kapsyen, Memey telah mendedikasikan ucapan khas buat Danisha. Memey menyatakan pada awalnya sambutan itu turut ada bersama adalah Abby dan suaminya Faizal, namun tiada rezeki kerana sekarang Abby sedang berada di Singapura atas urusan kerja.
Perkongsian video dan gambar tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan yang Danisha semakin cantik dan wajahnya persis Abby Abadi. Sehingga kini, posting oleh Memey sempena hari lahir Danisha telah mendapat ribuan tanda suka sejak dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen selain memuji kecantikan Danisha, ramai memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Danisha. Antara komen-komen menarik adalah :
” Happy birthday Danisha, have a blast bday, moga jadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat, amin.. “
” Makin besar makin cantik lah dia, selamat hari lahir Danisha. Semoga Danisha menjadi anak yang baik dan membanggakan keluarga.. “
” Happy to baby besar, semoga dipanjangkn umor dimurahkn rezeki taat pda ibubapa serta sentiasa bwh lindungan Allah swt amiin.. “
” Senah helwah baby. Semoga sihat selalu. Untung baby dikurniakan keluarga yg baik dan bahagia. Hadiah apa yg mummy papa bagi tu agak2 hehe.. “
” Cantik Danish, manis orangnya. Suka nau tgok hbungan dia org. Semoga bahagia hingga ke syurga ya.. “
” Terasa kebahgiaan tu, happy birthday si cantik manis. Kejap je dah besar anak bongsu Abby n Norman ni.. “
” Aloloo besar dah baby, rasa cepat sgt berlalu, selamat hari lahir baby. Tumpang bahagia, semoga Allah merahmati kamu semua.. “
Alahai suka tengok cara layanan Memey terhadap anak-anak Abby. Meskipun dirinya hanya seorang ibu tir1, kasih sayangnya tidak tolak bandingnya seperti ibu kandung. Apa-apa pun, selamat hari lahir Danisha, semoga Danisha terus membesar menjadi anak yang solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG memeysuhaiza, m_danishaa
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..