” Mak nampak sebaya dengan anak je.. ” – Netizen
Kongsi Gambar Bersama Ibu Dan Adik-Beradiknya, Penampilan Ibu Erin Malek Cur1 Tumpuan Ramai. Wahhh.. Cantik Sungguh, Nampak Macam Kakak Jer !!
Erin Malek atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek merupakan pelakon yang mencipta nama sejak zaman kanak-kanak lagi. Erin menceburi bidang seni ketika beliau berusia 10 tahun lagi dan lakonan pertama beliau menerusi filem Bilut pada tahun 2006.
Erin telah membina mahligai bersama jejaka pilihan hatinya bernama Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014. Perkahwinan mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata yang diberi nama Mohamed Faliq yang dilahirkan pada 1 Oktober 2015 dan Nur Aisha yang dilahirkan pada 10 Februari 2017.
Erin kini banyak menumpukan perhatian terhadap keluarga kecilnya dan kali terakhir beliau muncul dalam telefilem Janin yang ditayangkan pada tahun 2018. Sehingga kini Erin mempunyai sejumlah 1.3 juta orang pengikut di laman Instagram miliknya.
Menerusi akaun Instagram, Erin memuatnaik gambarnya bersama ibu serta adik-beradiknya. Dari kiri merupakan ibu Erin diikuti adik-adiknya bersama Erin. Penampilan 4 beranak ini seperti adik-beradik yang nampak sebaya sahaja. Alahai cantik-cantik semuanya.
Ikuti perkongsian di bawah :
Rata-rata netizen mengucapkan selamat hari raya kepada Erin sekeluarga namun penampilan 4 beranak ini cur1 tumpuan ramai. Antara komen-komen mereka :
” Mak nampak sebaya dengan anak je.. “
” Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin from our little family .. “
” Cantiknya… Semua cantik .. “
” Cantiknyaaa semua.. “
” Kirim salam kt mak.. “
” Semua cantik mcm sebaya je.. “
Patutlah Erin cantik dan manis kerana ibunya juga cantik dan nampak muda seperti sebaya sahaja dengan anak-anak. Bak kata pepapatah ke mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Semoga Erin Malek sekeluarga ceria-ceria selalu dan bahagia sentiasa.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Erin Malek
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..