” Doktor aku dekat rumah bila aku sak1t, mulut potpet.. ” – Erma Fatima

Video Anak Perempuan Erma Fatima, Ain Yang Tak Berhenti Berleter Pada Ibunya. Alahai ‘Potpet’ Tanda Dia Sayang Tu. Bertuahnya Erma Ada Anak Yang Cantik Dan Sangat Mengambil Berat !!

Pengarah, penerbit terkenal, Erma Fatima sudah pasti dikenali ramai. Drama yang dihasilkan oleh Erma turut mendapat pujian ramai kerana hasil karyanya begitu menarik dan mampu menarik penonton-penonton tidak jemu akan menonton drama hasil tangannya.

Umum mengetahui, Erma pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah filem terkenal, Bade Hj. Azmi pada 30 November 1991. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka tidak dikurniakan cahaya mata, akan tetapi mereka telah mengambil lima orang anak angkat sebagai penyeri rumah tangga mereka ketika dahulu.

Meskipun kini Erma kembali solo, dia tetap bahagia dengan kehidupan kini dengan adanya anak-anaknya di sisi. Erma yang juga merupakan kakak kepada pelakon Umie Aida dan Betty Rahmad ini meskipun wajahnya kelihatan serius, dia sebenarnya mempunyai perwatakan yang kelakar dan menghiburkan.

Terkini, Erma ada berkongsi satu video di Instagram yang memaparkan dia bersama anak perempuannya yang bernama Ain selepas pulang berjumpa doktor. Turut berkongsi oleh Erma, anaknya ini begitu mengambil berat tentang dirinya dan sering ‘berleter’ terhadapnya.

Jom tonton dan baca perkongsian oleh Erma di bawah :

Rata-rata netizen turut terhibur dan memuji akan sikap anak Erma yang begitu ambil berat terhadap Erma. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Alhamdulilah dianugerahkan anak yg solehah….. Ambil berat ibunya.. “

” Ank kak Erma semuanya bagus2.. Amik berat tentang hal maknya.. “

” Comelll sebijik mama dia jgak.. Mulut potpet.. ” 

” Itu tanda dia bertanggungjawab dia nak tau lebih detail ttg penyak1t mama dia.. “

” Percakapan yang teratur dan matang anak kak Erma ni… Didikan sempurna dari seorang ibu mithali.. “

” Suka tengok anak akak yang ni comel n bijak.. “

” Anak yg baik.. Hasil didikan yg baik.. “

Bagus betul anak-anak Erma Fatima. Beruntung sungguh, ini lah dinamakan anugerah terindah, walaupun mereka bukan lahir dari rahim Erma, namun kasih sayang mereka seperti anak kandung yang menyayangi ibunya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Erma dan anak-anak kekal bahagia hingga ke Jannah. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erma Fatima

Aktikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..