” Lawaklah Fattah ni, tak sangka Fattah boleh melawak macam ni.. ” – Netizen

Video Persembahan Kumpulan Ubi Bersama Fattah Amin Di Pusingan Kedua Muzikal Lawak Superstar Buat Penonton Terhibur. Pandai Melawak Juga Daddy Fatima Ni. Part Gelek Tu Kelakar Betul, Haha !!

Rancangan realiti TV, Muzikal Lawak Superstar telahpun sampai ke minggu ke 8. Pada minggu ini, setiap kumpulan perlu melakukan 2 tugasan iaitu tema hotel dan resort sebagai tugasan pertama. Manakala pusingan ke 2 bertemakan pusat perubatan dan pemulihan bersama artis jemputan.

Meninjau akaun Instagram Astro Gempak dan Zon Lawak, telah dikongsikan sedutan video untuk persembahan kumpulan UBI. Memilih filem Mat Kilau sebagai jalan cerita, Fattah Amin menjadi artis jemputan mereka.

Muncul sahaja Fattah di atas pentas, riuh suara penonton meraikan ‘ Awang ‘ yang kacak ini. Siapa sangka, Fattah boleh berlakon komedi dan membuat lawak di pentas. Menggunakan irama lagu raja gelek Malaysia, Dato’ M. Daud Kilau, nyanyian Fattah tidak mengecew4kan.

Bukan hanya menyanyi, Fattah juga bergelek sakan membuat Fad dan Sharif turut ketawa melihatnya. Juri tetap, Siti Saleha juga tergelak melihat aksi Fattah ini dan memuji Fattah. Memang sporting sangat Fattah.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun mendapat perhatian dan rata-rata peminat terhibur menontonnya. Antara komen-komen peminat :

” Fattah amin boleh masuk dah muzikal lawak.. hahaha lawak doh performance Fattah siap bergelek lagi.. “

” Fattah amin pun dh pndai melawak dh, best let1h gelak tengok Fattah kali ni. Amb0i gelek dia, siap bagi pvnchline untuk Fazura lagi haha.. “

” Hahahahahaha lawak dan kelakar sangat sangat. Pandai fattah amin buat lawak best kumpulan ubi.. “

” Tak sangka Awang selain memanah pandai jugak buat lawak ahha. sporting betul Fattah menyanyi bergelek lagi, sekepala dengan ubi.. “

” Awang tersasar dari karektor bila dapat bergelek.. haha lawaklah Fattah ni, tak sangka Fattah boleh melawak macam ni.. “

” Terhibur tengok persembahan ubi minggu ni, lagi tambah meriah Fattah aka Awang join lawak sekaki.. “

” Sak1t perut gelak tengok Fattah Amin buat lawak. Bergelek, menyanyi live tu sportinglah Fattah. Muka tahan gelak Fattah haha.. “

Persembahan yang bagus, lawak pun menjadi itu adalah kekuatan kumpulan UBI. Fattah menambahkan lagi rencah dalam persembahan kumpulan UBI semalam. Apa-apa pun, Fattah memang best dan seronok melihat Fattah dalam karektor lucu seperti itu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, IG Zon Lawak, IG Fattah Amin, Youtube Channel Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..