Abby Abadi dan Norman Hakim Kongsi Video Majlis Hari Kelahiran Maria Danisha Dan Aqiqah Maira Darda Farisa Raih Perhatian Peminat. Cantik Dan Comel Betul Anak-Anak Abby ni. Darda Tu Alahai Ger4m Tengoknya !!
Abby Abadi adalah antara selebriti yang suka berkongsi video dan gambar anak-anaknya di instagram. Seringkali perkongsian Abby mendapat ribuan view daripada peminatnya. Personalitinya yang menyenangkan, penuh kasih sayang menjadikan Abby disenangi peminatnya.
Umum mengetahui Abby dan Norman Hakim masih mempunyai hubungan yang baik demi anak-anak walaupun mereka telah lama berpisah. Abby kini hidup bahagia bersama suaminya Muhammad Faizal dan Norman kini bahagia di samping isteri tercinta Memey Suhaiza. Malah Abby menganggap Memey seperti adiknya sendiri.
Hasil perkongsian hidup yang lalu, Abby dikurniakan 3 orang anak-anak iaitu Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha. Abby yang kini bahagia bersama anak-anak, termasuk 3 orang anak angkatnya Dayana, Dayyan dan Darda. Semuanya dijaga dengan penuh kasih sayang.
Terbaru, Abby dan Norman ada berkongsi sambutan majlis hari lahir Maria dan majlis aqiqah buat Darda. Majlis istimewa ini dihadiri kedua-dua bel4h keluarga Abby dan Norman. Jelas keakraban kedua bel4h pihak apabila boleh meraikan detik-detik indah bersama walaupun pernah berdepan k0nflik sebelum ini.
Ikuti perkongsian video daripada Abby semasa majlis aqiqah dan sambutan hari lahir di bawah :
Norman juga turut berkongsi video majlis sambutan hari lahir di instagram miliknya dengan kapsyen ‘ Sanah Helwah, Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke-12 cantik manis papa. Jom tonton video di bawah :
Perkongsian Abby dan Norman mendapat ucapan tahniah daripada netizen. Rata-rata memuji kecomelan Darda dan kecantikan Maria. Antara komen-komen netizen :
” Aamiin… Semuga termakbul doa doa yang baik untuk Darda.. “
Selamat hari lahir Maria si cantik manis dan selamat beraqiqah buat Darda. Suka sangat melihat tautan kasih kedua belah pihak keluarga Abby dan Norman. Semoga anak-anak ini menjadi anak-anak yang solehah. Didoakan juga bahagia dan kegembiraan yang berpanjangan buat keluarga ini. Amin.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Abby Abadi, Norman Hakim
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..