” Happy 4th Anniversary Zaujahku .. ” – Saharul Ridzwan

Saharul Ridzwan Kongsi Ucapan Romantis Buat Isteri Tercinta Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Mereka Yang Ke – 4 Tarik Perhatian Ramai. Sweet Betul Ucapan Saharul Tu, Berbunga-Bunga !!

Pelakon tampan Saharu Ridzwan menjadi popular setelah membintangi drama Hati Perempuan yang ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 pada tahun 2015. Sebelum bergelar seorang pelakon, Saharul telah menyertai pertandingan Hero Remaja pada tahun 2011/2012 dan telah mendapat tempat ketiga.

Permulaan anak kelahiran Kuantan, Pahang ini dalam bidang lakonan dengan memegang watak pembantu menerusi beberapa drama seperti drama Love You Mr Arr0gant dan telah berjaya menarik perhatian ramai akan watak yang dipegang oleh dirinya itu.

Hingga kini rezeki Saharul dalam bidang lakonan tidak pernah terput0s. Saharul antara pelakon yang dikatakan berjaya dalam karier. Telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata.

Hasil tinjaun di akaun Instagram, Saharul telah berkongsi satu ucapan buat isteri tercintanya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke- 4.  Ucapan ikhlas daripada seorang suami kepada isterinya itu membuatkan sesiapa yang membaca pasti merasa terharu.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

View this post on Instagram

Happy 4th Anniversary Zaujahku @deenaemir ❤️ . Dah 4 tahun kita jadi suami isteri. Alhamdulillah syukur. Allah masih hadirkan rasa nikmat cinta, kasih dan sayang sesama kita. Semoga Allah terus pinjamkan nikmat ni sampailah ke akhir hayat nanti. Amin Ya Rabb ❤️ . Tak pandai pulak saya nak sweet2 kali ni, mungkin anak 2 dah kot. Tapi sayang, tak pernah kurang "rasa" tu pada awak, pada kita tapi mungkin cara yang berbeza. Mungkin doa dan perlakuan saya utk menjadi suami dan ayah pada anak2 kita adalah perkara paling berharga yang boleh sy buat utk pastikan keluarga kita sentiasa diberkati Allah. Dalam mencari kesenangan dunia, sy doa supaya Allah dekatkan diri kita sekeluarga dengan kesenangan akhirat. InShaaAllah. InShaaAllah. "Love You Till Jannah, kena usaha utk sampai ke Jannah" @deenaemir Amin Ya Rabb ❤️ . Doa utk kita : Allahumma inni As’aluka Hubbaka Wa Hubba Man Yuhibbuka Wal- 'Amal al-lazi Yuballighuni Hubbak. Allahummaj`Al Hubbaka Ahabba ilaiyya Min Nafsi, Wa Ahli Wa Min al-Ma’il-Barid ‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta-cinta orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapatmenyampaikanku kepada cintaMu" – Hadis Hasan, Riwayat Tirmidzi Zaujahku ❤️😘

A post shared by Saharul Ridzwan® (@saharulridzwan) on

Dedikasi ucapan oleh Saharul itu turut mendapar perhatian ramai. Rata-rata netizen turut memberikan ucapan selamat selamat ulang tahun perkahwinan kepada Saharul serta isterinya. Antara komen-komen tersebut :

” Semoga berkekalan hingga ke syurga..  Aamiin.. “

” Happy Anniversary both of u. Moga kekal ke jannah. Muncung tu dh blh ikat tepi.. “

” Lawanya wife dia suka tgk airmuka dia lembut ayu je.. “

” Hepi anniversary. Moga kekal bahagia hingga ke Jannah.. “

” Happy 4th anniversary saharul n Deena.. Moga kekal bahagia ke jannah.. “

” Alhamdulillah happy anniversary to both of u. I like this couple.. ” 

” Happy anniversary SR dan wife.. Smoga berbahagia di dunia & akhirat.. Amen YRA… “

Wah sweet betul ucapan Saharul buat isteri tercinta. Dah empat tahun rupanya, sekejap sahaja masa berlalu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat Saharul dan isteri, semoga ikatan perkahwinan kalian akan kekal bahagia hingga ke syurga. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Saharul Ridzwan

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..