” Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan.. ” – Fattah Amin
Fattah Amin Kongsi Berita Gembira Isterinya, Fazura Telah Selamat Melahirkan Anak Pertama Mereka. Wahhh Mesti Comel Macam Ayah Dan Ibu Dia, Tahniah !!
Umum mengetahui Fattah Amin dan Nur Fazura sedang menantikan kelahiran cahaya mata mereka yang pertama yang dijangka dilahirkan pada Oktober. Alhamdulillah, akhirnya berita gembira kelahiran cahaya mata yang ditunggu-tunggu ini telah dikongsikan oleh Fattah Amin di Instagram miliknya sebentar tadi.
Perkongsian gambar Fattah tentang kelahiran bayinya pada Jumaat, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020 pastinya mendatangkan keterujaan kepada peminat mereka dan semestinya bagi pihak Fattah dan Fazura sendiri. Kelahiran bayi perempuan ini cukup membahagiakan dan dinanti mereka sekeluarga.
Namun Fattah terut berkongsi di akaun instagramnya bahawa buat masa ini, mereka akan merahsiakan dahulu nama dan wajah cahaya mata mereka sehingga hari ke 7, selaras dengan sunnah Rasulullah. Tak sabar rasanya untuk melihat wajah bayi perempuan Fattah dan Fazura.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura telah melangsungkan perkahwinan pada 2017. Pasangan selebriti ini mula rapat apabila sama-sama membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella. Pasangan ini telah mengumumkan tentang mereka bakal menjadi ibu dan ayah pada April 2020.
Ikuti perkongsian di bawah :
Perkongsian Fattah telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Fazura turut berkongsi berita gembira kelahiran anak mereka ini di Instagram miliknya juga. Rata-rata begitu teruja dengan kelahiran cahaya mata pasangan ini. Antara komen-komen netizen :
” Omg omg omg so proud I’m gonna cry now… You and faz gonna make great parents.. ” – Alvin Chong
” Alhamdulilah congratulations brother.. ” – Hairul Azreen
” Alhamdulillah Tahniah buat Fattah Fazura & baby. Syukur Alhamdulilah.. Congratulation our kesayangan.. 3 of you now.. “
” Syukur Alhamdulillah Allah SWT mempermudahkan segalanya, Congrats buat both of you fattahaminz dan missfazura Loveee uuu guys.. “
” Alhamdulillah.. Tahniah Fattah and Fazura. Welcome baby Princess. Semoga membesar dgn sihat.. “
” Congrats fattahaminz on becoming a father and missfazura on ur arrival of the precious lil baby. alhamdulilah rest well fazura.. “
” Alhamdulillah tahniah buat Fattah dan Fazura, selamat berpant4ng take care dear.. “
” Alhamdulillah.. Sunnatullah didahulukan. Smga kiriman Agung ini sentiasa menyerikan hidup Bamtah dan Kak Faz.. “
Akhirnya anak sulung yang ditunggu-tunggu telah selamat lahir ke dunia ini. Kami dari Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah kepada Fazura dan juga Fattah. Semoga anak yang baru dilahirkan ini membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan membahagiakan kedua ibu bapa di dunia dan akhirat. Amin.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Fattah Aminz, Miss Fazura
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..