” Cantiknya, dah macam model pulak.. ” – Netizen

Penampilan Terkini Hidayah Abam Cur1 Perhatian Ramai. Wahh Memang Nampak Lain Betul, Semakin Cantik Dan Bergaya !!

Namanya kini menjadi sebutan ramai, mungkin dahulu dia dikenali kerana bergelar isteri kepada selebriti, namun setelah perginya suami tercinta, kisah perjalanan wanita cekal ini telah menjadi perhatian. Seindah namanya, Hidayah, itulah empunya diri.

Hidayah yang kini dilihat semakin mengorak langkah dengan kerjayanya sendiri iaitu bergelar seorang usahawan dengan menjalankan perniagaan jualan cempedak goreng. Malah, cempedak gorengnya juga boleh dikatakan viral dan dari berniaga di jalanan, kini dia sudah pun mampu membuka kedainya sendiri.

Mungkin itu lah dinamakan rezeki, berkat kesabaran dan ketabahan ibu tunggal ini, Allah telah meluaskan rezekinya. Bukan mudah bergelar seorang ibu tunggal dan memiliki seorang anak kecil tanpa adanya sang suami disisi. Perjalanan kisah Hidayah turut menjadi sumber inspirasi kepada ramai wanita di luar sana.

Menerusi akaun Instagram Hidayah, terbaru dia telah berkongsi gambar penampilan dirinya terkini. Hidayah yang kelihatan makin bergaya dengan mengenakan gaun labuh bercorak bunga-bunga serta solekan yang menarik buatkan dia tampil cantik.

Ikuti perkongsian gambar Hidayah tersebut di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Penampilan Hidayah yang sangat berbeza seperti biasa itu telah mencur1 perhatian warganet. Malah di ruang komen, rata-ratanya turut memuji Hidayah dan memberikan kata-kata semangat kepada Hidayah untuk terus kuat sebagai ibu tunggal. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Makin cantik..  Moga jadi strong women in ur life … Im also single mother.. “

” Cantik awak.. Semakin tabah semakin ceria hidup dan wajah you on hidayah, stay strong.. “

” Alhamdulillah…cantik skali….semoga Allah SWT pelihara Hidayah n anak selalu,murah rezki. Dr kakak di Singapura.. “

” Cantiknya … Sesekali bergaya cantik sgt.. Cantiknyaa dh mcm model plak.. “

” Semakin hri tgk Dayah makin lawa.. Wahh cantiknya awakk Dayah, makin melet0ps .. “

Wahh betul lah, memang nampak cantik dan lain sangat Hidayah, cantik sangat. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Hidayah akan terus tabah dan kuat dalam menjalani kehidupannya sekarang dan menjadi seorang ibu yang terbaik buat anaknya yang tercinta, Hamzah. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hidayah Abam

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..