” Kahwin jer betul-betul sebab korang memang sepadan.. ” – Netizen
Gara-Gara Watak Gandingan Bersama Dalam Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Menjadi , Ramai Yang Mahu Syazwan Zulkifly Dan Wan Sharmila Dijodohkan Betul-Betul. Wah.. Kalau Tengok Pun Memang Sepadan, Masing-Masing Pun Single Kan !!
Pasti ramai antara kita yang tidak ketinggalan menonton drama terbaru iaitu 7 Hari Mencintai Ku 2 yang sudah sebulan ditayangkan di slot Akasia Tv3. Bertemu penonton pada setiap hari isnin hinggga jumaat pada jam 7 malam membuatkan ramai yang begitu teruja untuk terus menonton penyudahan drama tersebut.
Gandingan yang mantap oleh pelakon watak utama iaiu Shukri Yahya dan Siti Saleha sangat bertambah menarik dalam cerita tersebut dan telah mencetuskan fen0mena yang luar biasa. Manakan tidak, gandingan dua pelakon ini dilihat sangat serasi dari dahulu setelah berkerjasama di awal drama 7 Hari Mencintai Ku pertama terdahulu.
Namun, selain dua pelakon ini juga, ada watak yang telah menarik perhatian penonton dalam drama tersebut iaitu Helmi dan Sofi sebagai suami isteri yang yang dilakonkan oleh pelakon Syazwan Zulkifly dan Wan Sharmila. Watak mereka ini juga sangat menarik kerana mereka dilihat sangat sepadan dan bijak menjiwai watak yang diberikan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram milik pelakon Syazwan Zulkifly telah berkongsi gambar dia bersama Wan Sharmila. Gambar tersebut memaparkan mereka yang berpakaian pengantin berwarna putih ketika melakukan babak dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah :
Perkongsian gambar tersebut turut mendapat pelbagai komen oleh rata-rata netizen yang turut menyak4t bahawa dia kelihatan sangat sepadan jika berjodohan bersama Wan Sharmila. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Kahwin jela bebetul tu lagi puas hati kitorang beb.. “
” Berjodoh in reality life takboleh keeee ? Pleaseeeee… “
” Klau luar crite pun ok juga ni LALA dgn Syazwan, sama cantik sama padan.. “
” Semoga ada jodoh kalian diluar set yer.. “
” Kawen la bebetul.. Ecececeh request lain maciam ni boleh tak, hahaha.. “
” Ala suka tengok korang dua ni, tak salah pun kalau ada jodoh.. “
” Kahwin jer betul-betul sebab korang sepadan lah.. “
Alahai memang kalau tengok drama 7 Hari Mencintaiku 2 , selain watak Khuzairi dan Mia, watak Helmi dan Sofi memang sangat best !! Sweet mereka dalam drama tu mampu buat penonton tersenyum seorang diri. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga kalian sentiasa berjaya dalam bidang lakonan. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Syazwan Zulkifly
Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..