” Jangan cakap datang bulan, cakap ABC. Malu lah saya.. ” – Maryam You Narae
Video Maryam You Narae Menyanyi Lagu Jalur Gemilang Buat Ramai Terhibur. Biru Kubis Pun Boleh Lah Maryam. Part Maryam Mar4h Sebab Ryzal Cakap Maryam Datang Bulan Tu Serius Kelakar !!
Gelagat pasangan dari Korea Selatan dan Malaysia ini, Maryam You Narae dan Nik Muhammad Ryzal tidak pernah mengecewakan peminat. Apa sahaja video yang dikongsikan pasti menggeletek hati dan begitu menghiburkan sehingga tidak kering gusi.
Terbaru di akaun Instagram Maryam, dia telah berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya cuba untuk menyanyikan lagu merdeka. Maryam memilih untuk menyanyikan lagu Jalur Gemilang. Namun sebutan Maryam yang agak pelat membuatkan peminat terhibur.
Secara spontan, suami Maryam telah mengus1k Maryam dengan menyatakan Maryam tidak boleh solat kerana sedang datang bulan. Apabila mendengar perkataan ‘ datang bulan’, Maryam secara tiba-tiba mar4h dengan meminta menyebut ABC selain menggunakan perkataan ‘ datang bulan’.
Namun begitu, Ryzal tetap dengan pendiriannya dengan menggunakan perkataan tersebut untuk mengus1k isteri tercinta. Maryam yang sedang mar4h terus membebel dengan menggunakan campuran bahasa Korea dan bahasa Melayu. Tak pernah tak comel Maryam ni. Ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati.
Jom tonton video di bawah :
Bebelan Maryam tersebut agak menarik juga apabila didengar kerana tetap berbunyi Korea walaupun menggunakan bahasa Melayu. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Taktau nak gelak ke nak nangis  I’m sorry .. comelnya campur bahasa.. hahaha.. Jangan la kacau orang perempuan time2 mcm tu.. “
” Lajunya dia bercakap. kekdg terasa malu bila tgk mariam sll sergah laki dia.. laki dia plak mcm tkt kat mariam.. “
” Mcamne maryam bole tahu ABC ?? ryzal y ajar ke?? adeehhh… ak igt aku jer y tau pykit ABC ni… HAHAHAHA comelnya maryam tak nak buat class bahasa korea ke ? ajarlah kitaorang bahasa korea.. “
” Patut puji dia. Sbb dia boleh belajar ckp melayu dan mendalami Agama Islam dlm masa yg sama. Dan tgk dia juga belajar pasal negara kita Malaysia. U thr best .. “
” Now i know dari mana drg learn the ABC tingy hahahaha.. sekali dia mengam0k ala2 mcm train laju gil4sss dia ckp.. “
” Suka tgok dia kena kacau dgn cik suami dia, Tak berbel1t ke lidah Maryam bleber ke rizal .. Kubis pun boleh kaaaaaa eonieee .. “
” Lawak la maryam. malu maryam haha comel.. Lajunya cakap bila mar4h.. merah bibir mak ngah… so funny.. “
Untuk pengetahuan, Ryzal sememangnya gemar mengus1k Maryam dalam kebanyakan video-video yang dikongsikan. Namun begitu, us1kan tersebut yang menambahkan lagi rasa terhibur netizen. Semoga jodoh pasangan ini berkekalan hingga ke jannah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Maryam Younarae
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..