” Ingatkan Eica tadi, rupanya mak Eica lah.. ” – Netizen
Gambar MUA Bellaz Suka Melaram Ketika Usianya 5 Tahun Raih Perhatian Warganet. Cantik Betul Bellaz, Rupanya Bellaz Sejak Dari Kecik Memang Suka Makeup Lah. Cara Bergambar Dari Dulu Sampai Sekarang Sama Je !!
Siapa tidak kenal dengan jurusolek popular dari utara, MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini ini. Hasil dan kreativitinya dalam dunia solekan memang sangat dikagumi ramai. Malah bagi yang mengikuti Bellaz di media sosial pasti mengetehui yang Bellaz rajin membuat live tutorial makeup.
Usaha Bellaz memang tidak sia-sia kerana kini namanya telah menjadi sebutan. Gaya Bellaz yang selamba serta bersahaja membuatkan dirinya juga ramai peminat. Bahkan Bellaz juga seorang yang tidak lokek berkongsi ilmu soleknya kepada umum.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Bellaz telah memuatnaik satu video mengenai gambarnya ketika usia baru 5 tahun. Menerusi kapsyen, Bellaz telah berkongsi cerita mengenai dirinya yang sejak kecil lagi suka bersolek dan gayanya ketika bergambar seperti itu sehingga lah sekarang.
Perkongsian gambar itu telah mencur1 perhatian warganet. Ramai yang menyatakan wajah anak pertama Bellaz yang dikenali dengan panggilan Eica saling tidak tumpah seperti Bellaz ketika kecil. Sehingga kini, gambar Bellaz telah mendapat lebih 11 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecomelan Bellaz ketika kecil. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Eica sangat lah Bellaz masa kecik. Tau dah Eica nanti besar cantik macam mana. Patut minat Eica suka mekap macam mama dia juga.. “
” Amboi sejak kecik2 lagi Bella memang dah cantik lah, suka bergaya betul noh. Hahaha memang Eica mewarisi kejelitaan Bella.. “
” MasyaAllah sebiji macam mek Echaaaa nanti, Eechaaa besaq mesti muka macam Bella. Dua2 segak yakmat.. “
” Kecik2 dah segak, ish suka betul lah tengok Bellaz kalau live, syok tengok cara Bellaz cakap haha terhibur.. “
” Mirip Eica, Eica pun suka main mekaup2. Ni orang cakap kuah tumpah ke nasi, bukan saja bakat, muka pun sama.. “
” Igtkn kak Eica td, rupenyr mak Eica mcm reborn semula noh. Semoga Eica nanti pun berjaya macam mak dia juga.. “
” Memang cantik dari kecik da Bellaz ni. Haishh trademark kita sama tangan tu memang gemo cmtu je kalau selpie, haha.. “
Memang seiras muka Eica lah, nanti apabila Eica besar mesti cantik macam mama dia. Apa-apa pun, semoga Bellaz akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan sentiasa bahagia di samping keluarga tercinta.
Silakan SHARE..
Sumber : IG muabellaz
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..