” Harap-harap makanan saya ada lah. Bini dok sibuk ngan Tik T0k kan.. “
Nedim Kongsi Video Makanan Tengahari Yang Disediakan Oleh Nora Danish Selepas Ditegur Asyik BerTikT0k. Wah, Sweet Pula Tengok Suami Isteri Ni !!
Pasangan merpati dua sejoli iaitu Nora Danish dan Nedim Nazri telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017. Perkahwinan mereka telah diserikan dengan kehadiran Mohamed Neqarl Nedim atau panggilan manjanya Ney Ney yang kini berusia 2 tahun.
Nedim merupakan anak kepada bekas menteri pelancongan dan kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka. Sebelum ini, Nedim pernah berkahwin dengan seorang wanita bernama Nabilah Khan pada tahun 2011.
Selepas dua tahun berkahwin, mereka mengambil keputusan untuk berp1sah. Perkahwinan pertama Nedim telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Nedrin. Nedim dan Nora mula berkenalan pada tahun 2013 sebelum menjalin hubungan dengan lebih serius.
Menerusi akaun Instagram, Nedim berkongsi video hidangan tengahari yang disediakan oleh Nora. Sebelum ini Nedim ada menegur di post Instagram Nora yang sedang berTikT0k supaya menyediakan makanan tengahari selepas beliau balik dari masjid. Menu permintaan Nedim ialah telur dadar.
Jom kita tonton video di bawah :
Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri ini. Antara komen-komen mereka :
” Sweet sgtlahhhh.. semoga kekal cinta begini utk korang.. “
” Hadoii la.. gel1 hati tgok.. “
” Alahai apasal comel sngt nii .. “
” Cute jee.. “
” See, comel la Nora Danish.. “
Alahai, sweet sangat tengok pasangan ini. Walaupun berTikT0k masih sempat menyediakan hidangan tengahari buat suami tercinta. Barulah suami tak mar4h kan. Semoga hubungan Nora dan Nedim berkekalan hingga ke Jannah dan sentiasa berbahagia.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Cerita Artis Malaysia, Nora Danish by Berita Kopak / Oh Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..