” Happy birthday Raudhah, mata dia cantik sangat.. ” – Netizen

Datin Nur Shahida Kongsi Ucapan Dan Gambar-Gambar Anak Bongsunya, Raudhah Arshiyah Dari Sejak Lahir Sehingga Sekarang Sempena Hari Lahir Raudhah Yang Pertama. Alahai Makin Comel Raudhah Sekarang, Tang Mata Tu Memang Cantik Sungguh !!

Nama Datin Nur Shahida sudah tidak asing lagi di kalangan usahawan-usahawan kosmetik di negara ini. Isteri kepada Dato’ Aliff Syukri ini sering mendapat perhatian ramai dengan perwatakannya yang lemah lembut, sopan serta memiliki wajah yang cantik.

Hasil tinjauan posting terbaru di Instagram miliknya. Datin Shahida berkongsi gambar throwback anak bongsunya, Raudhah Arshiyah berserta kapsyen Selamat Hari Lahir dan doa buat kebahagiaan anaknya itu. Tarikh 19 Disember adalah tarikh lahir Raudhah dan tahun ini genaplah usia Raudhah 1 tahun.

Datin Shahida juga berkongsi pengalamannya sewaktu mengandungkan dan melahirkan Raudhah yang dianggap antara yang paling senang di kalangan anak-anaknya. Nama Raudhah juga diberi sempena nama tempat iaitu Raudhah di Masjid Nabawi.

Nama yang diberi seindah orangnya. Ramai berpendapat wajah Raudhah sangat comel dan persis ibunya, Datin Shahida, ‘mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’. Mata si kecil Raudhah yang bulat juga turut menjadi perhatian peminat kedua-dua beran4k ini.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, perkongsian Datin Shahida dibanj1ri dengan ucapan Selamat Hari Lahir untuk anaknya, Raudhah. Antara komen-komen mereka adalah :

” Selamat Hari Lahir Raudhah, semoga berjaya didunia dan akhirat, doa seorang ibu tu di-makbulkan Allah SWT. In Shaa Allah Aamiin Ya’Rabbal Alamiin.. “

” Happy befday raudhah semoga menjadi ank yg solehah kita berkongi tarikh yg sama sambut hari jadi, Sanah helwah Raudah. Barakallah fi umrik.. “

” Comeynyer raudhah… dah besar…. nnti mesti rindu masa dia baby….. Semoga jadi asbab syurga buat ibu ayahnya.. “

” Happy birthday Raudhah, Mata dia cntikk sngttt… comel sangat, Copy paste mama ni.. Selamat hari lahir Raudhah.. “

” Happy Birthday Raudhah Syg, may Allah bless you with all happiness and guidance. Aamiin ya rabb, Barakallahu fii umrik Raudhah.. Solehah insyaallah.. “

” Happy bday tuk si comey ni… moga jd ank yg solehah sesuai dgn nmnya dan cantiknya dia dr umi nor, Happy 1st Bornday to Raudhah & mama.. “

” Semoga raudhah menjadi anak yg sholehah, kebanggaan kelg, penyejuk hati kelg, Happy birthday raudhah cak pompom, Semoga jadi anak solehah.. “

Gembira sangat Raudhah di sisi keluarga tercinta. Selamat Hari Lahir yang pertama buat Raudhah. Kami di Oh Kopak mendoakan kesejahteraan buat Raudhah dan semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa selamanya. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nur Shahida Mohd Rashid

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..