” Cantiknya mata dia. Macam contact lenses.. ” – Netizen

Emma Maembong Muat Naik Gambar Terbaru Anaknya, Gabriel Yang Sedang Menyusu. Keunikan Warna Mata Gabriel Raih Perhatian Peminat. Alahai Cantiknya Mata Gabriel !!

Mendapat cahaya mata sudah pasti saat yang menggembirakan buat ibu dan bapa, setelah menanti selama 9 bulan, akhirnya saat kelahiran pun tiba. Kegembiraan itu bukan saja pada ibu bapa, tapi ahli keluarga dan juga kawan-kawan. Begitu juga pasangan Fatimah Rohani binti Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong dan Muhammad Shazli Azhar.

Emma yang baru melahirkan anak sulungnya, Gabriel pada awal november tahun ini sering berkongsi tentang perkembangan anaknya itu di laman Instagram miliknya dan laman Instagram milik Gabriel yang dinamakan sebagai eslovestory. Emma tidak l0kek berkongsikan gambar-gambar bersama anak lelakinya itu meskipun masih dalam tempoh berpant4ng.

Laman Instagram eslovestory memaparkan perkembangan Emma sejak mengandungkan Gabriel sehingga Gabriel berusia sebulan lebih. Walaupun Gabriel masih kecil, laman Instagram itu telah memiliki lebih daripada empat puluh tiga ribu pengikut. Apa yang menjadi perhatian ramai adalah keunikan mata anak Emma yang berwarna kelabu ditambah dengan kecomelan wajahnya yang persis anak mat saleh.

Menerusi perkongsian Emma di laman Instagram miliknya, Emma telah memuat naik gambar Gabriel yang sedang menyusu. Kecomelan Gabriel mendapat pujian daripada netizen terutama keunikan warna mata Gabriel yang berwarna kelabu. Gabriel dikatakan mewarisi kecantikan daripada Emma yang mempunyai dar4h kacukan. Untuk rekod, ibu Emma adalah berketurunan Scotland.

Baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen memuji kecantikan mata Gabriel yang seolah-olah memakai kanta lekap. Antara komen-komen netizen :

” Ya Allah cantik nya mata.. salam dari Indonesia baby Gabriel.. smga selalu dk beri kesehatan aminnn.. comelnyaa.. “

” Allahuuu.. cantiknyee.. Ya Allah anugerah terindah.. Cntiknya mata.. Indah nya ciptaanMu.. Gabriel mata cantik.. sparkling.. “

” Cantiknya mata awak.. Btw, Beza awak umur awak dgn anak auntie 5 hari je.. Boleh lah jdi kawan anak auntie nanti.. “

” Cntiknya mata diaaa… Ya Allah i’m falling in love with you baby.. Baby Gabriel pun pakai lens ke? Cantik la mata baby mcm mat saleh.. “

” MashaAllah hensemnya.. Biru ke hijau mata diaaaa.. cute cantik nya mata die ikut sapa mata color.. “

” Come nya bran4k ramai pn tak po kalu blh mata kalar greyy gini.. beautiful eyes.. Apa nama penuh baby ?.. “

” Die pkai contact lense ke do.. Dm contact lense tu.. macam contact lenses.. indahnya mata baby.. Semoga membesar jadi anak yang baik.. Aamiin.. “

Memang comel wajah Gabriel ditambah warna matanya yang berwarna kelabu. Semoga Gabriel membesar menjadi insan yang berguna, penyejuk hati dan mata kepada kedua ibu bapanya. Pasti apabila Gabriel besar kelak memiliki rupa paras yang kacak. Tak sabar hendak tengok Gabriel besar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Emma Maembong, Shazli Azhar, eslovestory

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..