” Handsome, cute dan comel sangat cucunya.. ” – Netizen
Salwa Abd Rahman Kongsi Video Bermain Dengan Cucu Saudaranya. Alahai Comel Je Bila Nenda Dengan Cucu. Nenda Pun Nampak Muda Trang Tang Tang Lagi !!
Nama penyanyi Salwa Abd Rahman cukup popular pada era 80an dahulu. Suaranya yang lunak dan merdu melet0p dengan lagu Cub1t Cub1t Sayang, Rindu Merindu dan banyak lagi. Salwa ini juga seangkatan dengan penyanyi veteran lain seperti Azian Mazwan Safuan dan Rohana Jalil.
Untuk rekod, perkahwinan Salwa bersama pemain bola sepak, Subadron Abdul Aziz telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Puteri Sulaikha dan Putera Sufrie, kedua-duanya sudah meningkat dewasa.
Meninjau akaun Instagram Salwa, telah dikongsikan satu video pendek yang memaparkan gelagat Salwa bersama seorang kanak-kanak lelaki. Memberitahu di kapsyennya itu adalah cucu sedaranya yang bernama Nass.
Seronok sahaja Nass dilayan macam raja walhal matanya sudah layu mengantuk. Memang comel dan handsome cucu sedara Salwa ini. Salwa membiasakan diri dengan gelaran Nenda untuk cucu sedaranya ini. Alahai macam tak sesuai sahaja, Nendanya nampak muda lagi dan maintain lawa sama seperti dahulu.
Jom tonton video di bawah :
Video Nenda dan cucu ini menarik perhatian peminat. Wajah comel Nass juga mendapat pujian daripada peminat. Antara komen-komen mereka :
” Cucu Salwa ke tu. Wah comelnya cucu Salwa, rasa nak pic1t pipi tu. cute sangat.. “
” Handsome, cute dan comel sangat cucunya. Praktis ke tu kak Salwa hehe.. “
” Comelnya cucunda Salwa, suka dan sayang Nass dengan Nenda ye. Esok-esok sedar sedar dah sekolah je dah. Masa berlalu laju.. “
” Nenda ? Salwa nampak muda sangat sangat lagi hehe. Selamat menyambut ramdhan dan selamat hari raya aidilfitri kak wa n familys.. moga sentiasa sht n ceria selalu.. “
Rupanya Nass ini adalah cucu sedara Salwa, iaitu anak kepada kakaknya. Anak-anak Salwa dua-dua masih belum mendirikan rumahtangga lagi. Bermanja dengan cucu sedara la dulu ye tak hehe. Nass pun nampak manja dengan Nendanya ini.
Muka Salwa memang awet muda dan makin nampak cantik sekalipun sudah lebih 50 tahun usianya. Manalah peminat tidak terkej0t apabila membaca perkataan Nenda itu. Apa pun, semoga Salwa bahagia selalu bersama suami dan anak-anak tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Salwa Abd Rahman
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..