” First dengar suara, ingat ke rancangan televisyen. What an amazing voice.. ” – Netizen
Puan Seri Normala Samsudin Kongsi Video Ibunya Di Desa, Namun Suara Puan Seri Normala Dalam Video Tersebut Buat Ramai Tertarik. Sedap Betul Suara, Patut Lah Ramai Yang Rindu PS Normala Untuk Kembali Mengacara !!
Bekas pengacara TV3, Puan Seri Normala Samsudin memang dikenali ramai. Masih terbayang wajah manis Puan Seri Normala yang dahulunya mengacara rancangan Nona. Puan Seri Normala yang sangat bijak mengatur kata sehingga buat ramai yang tertarik dengan gaya penyampaiannya itu.
Namun, kini Puan Seri Normala tidak lagi aktif dalam dunia penyiaran. Puan Seri Normala lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga dan melakukan aktivti riadah serta berkongsi perkembangan di akaun Instagramnya.
Terbaru, Puan Seri Normala ada memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya bersama suami, Tan Sri Azmi Khalid telah pulang ke kampung untuk menziarahi ibu tersayang. Video itu turut kedengaran suara latar iaitu suara Puan Seri Normala sendiri berkongsi cerita mengenai ibunya.
Kongsi Puan Seri Normala, berat hatinya untuk men1nggalkan ibu di kampung memandangkan keadaan sekarang cuaca tidak menentu. Tulis Puan Seri Normala lagi, telah mengimbau kenangan tentang apa yang dilakukan ibunya ketika musim hujan seperti ini.
Jom tonton video di bawah ini :
Suara Puan Seri Normala dalam video telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa rindu setelah mendengar suara Puan Seri Normala yang sudah lama tidak mengacara dan mendoakan keselamatan ibu Puan Seri Normala di kampung. Antara komen-komen menarik adalah :
” Rindunya dengar suara ni. Semoga mak Auntie Mala sentiasa dalam rahmat dan perlindungan DariNya. Aamin. “
” Datin, buat video voice over mcm ni selalu boleh, apa2 content. Rindu suaramu, moga Allah sentiasa melindungi mak Datin dan keluarga.. “
” First dengar suara, ingat ke rancangan televisyen, what an amazing voice. Moga Mak Pn Sri sihat selalu dan sentiasa dalam lindunganNya.. “
” Ikut terasa sed1h gak Datin. Smoga mak sentiasa di berikan kesehatan yg baik insya allah. Sedap betul suara Datin bila bercakap.. “
” Subhanallah. Masih sama mcm dulu2 suara puan. Hilang rindu dengar suara lembut ni. Berkesan dihati bila mendengar. Mg bonda puan sll dlm lindungan Allah.. “
” Semoga selamat dlm perjalanan kak, Semoga mak kak diberi kesihatan yg baik, moga dilindungi semua.. “
” Terasa sedang melihat slot di Nona lah pula, hehe. Semoga mak PS sentiasa dilindungi Allah SWT amin yra.. “
Alahai sedap suara Puan Seri Normala, masih kekal intonasi ketika berbicara, rasa terbuai-buai mendengarnya. Apa-apa pun semoga ibu Puan Seri Normala baik-baik sahaja di kampung dan sentiasa dalam lindungan Allah, insyaallah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG normalasamsudinofficial
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..