” Ni pergi invest beli pokok durian ke buat cerita ala-ala Yasmin Ahmad ni, hehe.. ” – Asyraf Khalid

Video Izara Aishah Bersama Suaminya, Adib Khalid Ke Kebun Durian Cur1 Perhatian Warganet. Wah Tak Pernah Tak Cantik Izara Ni. Masuk Kebun Pun Bergaya Dan Sopan Gitu. Sempat Rakam Video Macam Drama Eh !!

Izara Aishah semakin menawan dan berseri-seri sejak tampil dengan imej berhijab. Izara yang merupakan isteri kepada anak Dato’ Khalid Jiwa iaitu Adib Khalid. Pasangan ini telah pun dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Irisa Alaia.

Meninjau akaun Instagram Izara Aishah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Izara bersama Adib melawat ke sebuah kebun durian. Izara dan Adib membeli beberapa batang pokok  durian sebagai pelaburan untuk Irisa.

Penampilan Izara pastinya menjadi perhatian ramai peminat. Cantik mengenakan abaya, Izara kelihatan jelita sekali. Merpati dua sejoli ini memang selalu sweet dan peminat mengatakan Izara dan Adib seperti melihat Dato’ Khalid bersama Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Memetik kata peminat, masuk ke kebun pun tetap gorgeous Izara ini. Dengan cermin mata hitamnya itu, video Izara juga menarik memaparkan persekitaran kebun durian itu. Wah berpusing-pusing mama Alaia ni sudah macam buat drama lah mama.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Izara ini sehingga kini telahpun mencatatkan lebih 27 ribu likes daripada warganet. Antara komen-komen :

” Ni pergi invest beli pokok durian ke buat cerita ala-ala Yasmin Ahmad ni ? Hehe.. ” – Asyraf Khalid

” Pergi site visit kebun durian pun lawa, yang penting ger4m tengok spec tu. Gorgeous sangat bidadari ni.. “

” Dia punya cantik and h0t nya gi kebun durian, aku masuk Pavillion pun tak mampu camni.. “

” Pergi kebun doghian pon lawo…. Spec pon lawo… cantik sungguh Izara ni. Kita masuk kebun muka macam apa ntah. izara masuk maintain gorgeous.. “

” Pi kebun pun lawa hmm, cantik la Izara ni. Pakai abaya makin terserlah kecantikan dia.. “

” Masuk kebun derian pun syantikk ek, style onzz. cun masuk kebun kalau kami selekeh ya amat haha.. “

” Pi kebun pun lawa ootd dia. spec izara ku ingatkan filter tadi. Sekali imbas tengok ingatkan tokti dengan datok k haha.. “

Orangnya sudah sedia cantik, pakai apa pun tetap kelihatan menarik iye tak. Izara bijak dalam menyesuaikan pakaiannya dengan imej muslimahnya tu. Apa-apa pun, take care selalu Izara dan happy selalu bersama suami dan anak tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Izara Aishah

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..