“ Eidrees anak soleh, feeling tawaduk betul tu.. ” – Netizen
Anzalna Nasir Kongsi Video Anaknya, Eidrees Hanif Mengikut Alunan Zikir Raih Tumpuan Peminat. Pandainya Eidrees, Siap Geleng-Geleng Kepala Dan Pejam-Pejam Mata Menghayati Zikir. Comel Sungguh !!
Anzalna Nasir dan anaknya, Eidrees Hanif merupakan pasangan ibu dan anak yang dikenali ramai. Anzalna sering berkongsi tentang anaknya di Instagram dan ramai yang suka melihat perkembangan Eidrees yang comel lagi pandai pada usianya yang masih kecil ini.
Meninjau ke akaun Instagram Anzalna, satu video anaknya, Eidrees berzikir Hasbi Rabbi yang dipasangkan di rumah meraih tumpuan ramai. Eidrees kelihatan comel mengenakan jubah berwarna putih ketika mengalunkan bacaan zikir itu.
Apa yang menarik, gelag4t Eidrees alunan zikir sambil menggelengkan kepala berkali-kali dan memejamkan sekejap matanya disukai ramai. Eidrees nampak tenang dan pandai menyebut bacaan zikir itu mengikut alunan yang didengarnya.
Anzalna menzahirkan rasa syukur kerana anaknya sudah mula pandai menyebut bacaan zikir walaupun Eidrees kini baru sahaja berusia 19 bulan. Tulis Anzalna lagi, Eidrees juga sudah boleh berzikir Hasbi Rabbi, Ya Rabbana Tarafna dan zikir sebelum tidur.
Jom ikuti perkongsian di bawah :
Gaya Eidrees berzikir sambil memejamkan matanya sekejap itu kelihatan comel di mata peminat. Ramai memuji Eidrees dan mendoakannya semoga menjadi anak yang soleh. Antara komen-komen netizen :
“ Smart boy.. Hes so adorable.. Gaya kedip2 mata sambil zikr tu.. aishhh.. Alhamdulillah.. semoga menjadi anak yg soleh pembela ibu dan ayah di sana nanti.. ”
“ Pandainya eidrees.. muka menghayati sgt siap geleng2 kepala.. chomell.. alhamdulilah.. hensem boy dan hero mama dia.. Cuteness overload.. ”
“ Eidres anak soleh.. feeling tawaduk betol tu.. Amb0i menghayati betul dia.. dgn mata2 pejam ye.. good boy betul dia.. He is sooo cute.. ”
“ MasyaAllah.. Tp auntie nk tergelak sbb siap l1bas2 rambut.. Eh dia punye feeling tu.. Alhamdulillah bakal ustaz nih.. Clever boyyyy.. ”
“ Bersungguh tu sampai pejam2 mata.. Comelnyaaa.. semoga menjadi anak yang soleh penyejuk hati mummy daddy Eidrees.. syukur kecik2 dah pandai hafal semua tu.. comel lah awk syg.. ”
“ Cute sgt geleng2 kepala tu.. Smoga mnjadi ank soleh.. Insha Allah.. Such a bright child.. Well done dear parents.. Muka dah mcm mak dia dah skrg.. ”
“ Alhamdulillah ini la masa y ckup ssuai unk ddik anak2 mcintai Allah krna merka snang trima dan masuk apa y di ajar.. semoga anak kcil ini mdpt haffiz alquran besar nty syurga unk kdua ibubapa aameen.. ”
Khusyuknya Eidrees berzikir dan pastinya mendengar bacaan zikir merupakan satu rutin harian baginya. Bagusnya Anzalna dan suami mendidik Eidrees dengan membiasakan diri mengikuti bacaan-bacaan suci seperti ini. Semoga Eidrees sentiasa sihat serta membesar menjadi anak yang soleh. Aminn..
Silakan SHARE..
Sumber: IG anzalnanasir88
Artikel ini disediakan oleh Oh Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..