” Eh ingatkan Dr Noor Hisham tadi.. ” – Netizen
Hairul Azreen Muatnaik Gambar Sempena Hari Lahir Abahnya Yang Ke 69 Tahun. Namun Wajah Ayah Hairul Meraih Perhatian Peminat. Memang Ada Iras Lah Dengan Tan Sri Dr Noor Hisham. Nampak Sama, Tapi Bukan Dia !!
Hairul Azreen Bin Idris adalah salah seorang pelakon yang terkenal di Malaysia. Bermula dalam arena seni sebagai pelakon lagak nger1, bakatnya dalam dunia lakonan memang tidak dapat dipertikaikan. Lakonannya yang mantap dalam filem Paskal telah melonjakkan lagi namanya sebagai pelakon berbakat besar.
Umum mengetahui Hairul mendirikan rumah tangga bersama Hanis Zalikha yang juga seorang pelakon dan pengacara. Pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan 2 orang cahaya mata yang sangat comel iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Hairul dan Hanis sering berkongsi gambar dan video tentang Yusuf dan Alisa di instagram milik mereka. Kelatah comel anak-anak ini sering mendapat perhatian netizen. Yusuf dan Alisa juga mempunyai peminatnya yang tersendiri. Kecil-kecil lagi dah glamour ya anak-anak.
Terbaru Hairul ada memuatnaik gambar sempena hari lahir abahnya yang ke 69. Comel sangat gambar keluarga bahagia ini. Yusuf dan Alisa punya riak muka ketika bersama atok kelihatan comel sangat. Namun, ada yang mengatakan raut wajah pakcik Idris mirip kepada Tan Sri Dr Noor Hisham.
Ikuti perkongsian gambar Hairul di bawah :
Perkongsian ini mendapat pelbagai ucapan selamat hari lahir daripada netizen. Antara komen-komen netizen :
” Hb pak cik.. semoga sehat selalu.. Happy family.. “
” Eh ingatkan Dr nor hisham tadi.. Happy birthday, semoga panjang umur, murah rezeki, semoga dipermudah kan segala urusan, semoga diberi kesihatan Yang baik, semoga ceria selalu, semoga aktif sepanjang masa.. happy birthday again.. “
” Alisa muka sama dgn daddy die.. yusuf sme dgn mummy.. jodoh panjang.. “
” Happy Birthday uncle Eddyris. Moga sentiasa disihatkan tubuh badan dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan diberkati serta dirahmati Allah S.W.T. Aaminn. Mantap rul tektikal menjadi.. “
” Happy bday atok yusuf n alisa. We have same bday.. Muka iras Dr noor hisham la hairulazreen btw happy birthday.. “
” HBD semoga panjang umur dan murah rezeki dan Rasul yang paling penting dalam hidup ini hanya sekali sahaja untuk mendapatkan bantuan kepada mereka berdua cocok bayak film malam ini tmbh seru gais.. “
” Nampak muda dan sihat. Semoga dipanjangkan umur dan bahagia di samping isteri, anak, anak menantu serta cucu2 yang cute miut.. Happy Birthday Abah.. “
Selamat hari lahir pakcik. Tetap maintain segak dan bergaya pada usia 69 tahun. Semoga pakcik dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Semoga keluarga ini dirahmati Allah dunia dan akhirat. Amin.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Hairul AzreenĀ
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..