” Wow, hadiah memang bukan biasa-biasa.. ” – Netizen

Shuib Sepahtu Beri Hadiah Kej0tan Sempena Hari Lahir Isteri Tercinta, Siti Sarah. Wahhh Memang Wow Sangat Hadiah Shuib, Bertambah Sayang Lah Sarah Dekat Shuib !!

Mengenali selebriti terkenal iaitu Shuib Sepahtu yang pada awalnya dikenali sebagai pelawak. Bakat lawaknya dikenal pasti menerusi pertandingan Raja Lawak musim ketiga. Ketika itu Shuib merupakan salah seorang ahli kumpulan Sepah dan kumpulan tersebut telah menjuarai pertandingan tersebut.

Siapa sangka, Shuib yang dahulunya hanya merupakan pelawak, kini dia merupakan seorang usahawan yang  berjaya dan telah pun bergelar jutawan. Benarlah, bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang dapat  tahu, begitulah yang digambarkan akan kejayaan Shuib.

Kejayaan seorang suami, sudah pasti adanya semangat seorang isteri di belakangnya, Siti Sarah yang merupakan tulang belakang Shuib yang sentiasa memberi semangat dan bersama ketika susah dan senang. Mereka antara pasangan suami isteri yang sering mendapat perhatian daripada peminat-peminat mereka di laman media sosial.

Untuk pengetahuan semua, hari ini 15 Sepetember merupakan hari lahir Siti Sarah yang ke – 36. Menerusi perkongsian di akaun Instagram milik myhmrap telah berkongsi satu video yang memaparkan sambutan hari lahir Siti Sarah bersama keluarganya.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah :

Siti Sarah telah menerima satu kej0tan pemberian hadiah daripada suami tercinta, Shuib. Malah hadiah yang diterima oleh Siti Sarah dalam video itu turut mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen netizen adalah :

” Aloooo sweet nyer depa.. terbaikkk semoga bahagia hingga ke jannah aamiin.. “

” Rolex bhaii.. Mahal tu,, takpe la… Rezeki masing2 .. “

” Wah untung lah Sarah, dapat hadiah mahal kot… Woww hadiah bukan biasa-biasa ni.. “

” Shuib sempat lagi sebelum bagi hadiah nak juga menyakat Siti Sarah.. “

” Rezeki tu, untuk isteri tercinta, selamat hari lahir Siti Sarah.. “

Memang woww hadiah Siti Sarah dapat daripada Shuib. Mungkin ini adalah tanda kasih sayang dan penghargaan daripada sang suami buat isteri tercintanya yang sentiasa ada bersama di kala susah dan senang. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir buat Siti Sarah, semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG myhmrap, Siti Sarah

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..