” Saya tengok video ni, tiba-tiba berlinang air mata. Macam mana Datin boleh kuat yer.. “

Datin Shahida Kongsi Video Sambutan Ulangtahun Kelahiran Ke 35 Tahun Di Rumah Anak-Anak Yatim. Part Yang Bibik Tudung Menangis Tu Rasa Seb4k Sangat !!

Nama Datin Nur Shahida bukanlah nama asing dikalangan peminat. Selebriti yang sering menjadi tumpuan kerana gaya dan cara pertuturannya yang lemah lembut, Datin Shahida juga merupakan isteri kepada jutawan kosmetik terkenal Dato’ Aliff Syukri dan menantu kesayangan Bonda Rozita Sendayu Tinggi.

Beliau dilahirkan pada 14 Mac 1985 yang mana adalah anak perempuan tunggal daripada tujuh orang adik beradik. Datin Shahida pernah mewarnai dunia hiburan suatu masa dahulu dengan menyertai kumpulan nasyid Solehah bersama penyanyi Bienda.

Mendirikan rumahtangga pada Ogos 2007, pernikahan atas dasar cinta ini memberikan mereka sehingga kini lima orang cahayamata. Permata hati ini diberikan nama Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah. Datin Shahida juga menjaga seorang anak angkat merangkap anak susuannya bernama Ameena.

Menerusi akaun Instagram story, Datin Shahida berkongsikan suasana sambutan ulangtahun kelahirannya yang diadakan di rumah anak-anak yatim. Istimewa sungguh sambutan kali ini yang diraikan dengan ramai anak-anak dengan meriah hinggakan bibik tudung kelihatan menitiskan airmata kegembiraan.

 

Rata-rata netizen mengucapkan selamat ulangtahun hari kelahiran buat Datin Shahida, namun ada juga yang seb4k menonton video yang dikongsikan :

” Wanita yg kuat.. Bhgia dgn ank2.. Pegi mna pon habiskan masa dgn ank2.. Selamat hari lahir datin.. “

” Sebaknyaaa. Smoga Allah murahkan rezeki datin selalu. Sanah helwah datin.. “

” Happy birthday datin.. sya tgk video tiba2 berlinang air mata sya. mcm mna datin boleh kuat ye. semoga datin kuat dn diberi kebahagiaan.. “

” Nape ehhh.. sy plk sed1h tgk moment ni…. ape pun.. sy doa kn. datin bahagia di dunia dn akhirat.. “

” Rasa sebak tengok anak2 yatim, happy sgt diaorang mashaAllah, semoga Allah taala beri datin ketenangan dan kegembiraan.. “

” Happy birthday datin. Sedih pulak sy bca caption datin. Semoga bhgia sllu datin @shahidadherbs.. “

Meriah melihat betapa gembiranya anak-anak istimewa ini turut merasai dan meraikan Datin Shahida. Mulia hati Datin berkongsi kegembiraan dan rasa kesyukuran di atas kurniaan umur yang diberikan Allah bersama anak-anak ini.

Turut kelihatan kelibat anak-anaknya termasuk Ameena dipangkuan Datin Shahida yang turut sama meraikan ulangtahun ibu kesayangan mereka itu. Beruntung Datin ramai yang sayangkan Datin. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran. Semoga sentiasa berbahagia dan tercapai segala impian datin. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Nur Shahida Mohd Rashid by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..