” Yeah.. Mummy dah pandai nyanyi lagu Can MaliĀ Can.. “

Nourul Depp Kongsi Video Ibu Mertuanya Belajar Menyanyi Dalam Bahasa Melayu. Sampai Berkerut Dahi Isabella Dengar Nenek Nyanyi Ye. Comel Sangat Sebutannya !!

Penyanyi ini pernah popular dengan lagu Kerana Terluk4 dan Cinta Azali. Siapa lagi kalau bukan Nurul Wahab. Nurul yang juga kini dikenali sebagai Nourul Depp mula aktif sebagai penyanyai ketika dia baru sahaja berusia 17 tahun. Masih di alam remaja, kehadirannya mewarnai industri dunia hiburan.

Suaranya yang memiliki nada tinggi dan lantang itu membuatkan lagu-lagunya jadi siulan ramai. Nourul pernah berkahwin dengan komposer terkenal Ajai namun ikatan perkahwinan mereka tidak berpanjangan dan mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing.

Perkahwinan ini memberikan Nourul seorang cahayamata perempuan bernama Ayu Nazirah yang dilahirkan pada tahun 1998. Perkahwinan kedua Nourul pula berlangsung pada 7 Jun 2012 yang mana beliau bertemu jodoh dengan seorang jejaka dari Paris bernama Eric Daniel Depp. Ikatan ini dikurniakan tiga orang cahayamata bernama Zachary, Raphael dan Isabella.

Menerusi akaun Instagram, Nourul telah berkongsikan satu video beliau mengajar ibu mertuanya, Germaine Depp
menyanyi di dalam bahasa Melayu. Gelagat ibu mertuanya itu kelihatan sangat comel menyebut perkataan melayu hinggakan wajah Isabella berker0t-ker0t mendengarnya.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen terhibur melihat keakraban dan kesungguhan ibu mertua Nourul mempelajari bahasa Melayu ini. Antara komen-komen netizen :

” Allahhu dapat rasakan kebahagiaan akak dan family mertua semoga sentiasa bahagia kak till jannah.. “

” Yeah! Mummy dah pandai nyanyi lagu Can MaliĀ  Can.. “

” Kerut-kerut muka isabella… Comey ar mamy sis.. “

” So sweet and touching.. “

” Namanya nyoya . Ala nenek ni comel la bella.. “

” Lembutt ja mak mentua nurul.. Tak lama pandai la tu nyanyi sayang sungguh kat cucu dia.. Suka tengok.. “

Bahagia tengok cara layanan menantu dan mertua ni. Seronok Nourul ada mertua yang baik dan menghargai dirinya. Saling menyayangi sungguh. Tak mustahil lepas ni keluarga mertua pulak fasih berbahasa Melayu macam Nourul fasih berbahasa perancis.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Nourul sekeluarga sentiasa berbahagia dan gembira bersama. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nouruldepp by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..