” Dah bujang lah anak sulung Nora, tinggi betul dia.. ” – Netizen
Muatnaik Gambar Terbaru Bersama Anak Sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, Perkongsian Nora Danish Raih Perhatian Warganet. Wah Tinggi Betul Rayqal Sekarang, Macam Adik Dan Kakak Je Bergambar !!
Bagi yang mengenali pelakon Nora Danish pasti mengetahui menerusi perkahwinan pertama bersama Rizal Ashram Ramli atau Jejai, Nora telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberikan nama sebagai Putra Rayqal.
Sekarang Rayqal telah pun berusia 13 tahun dan pernah dikongsikan Nora di akaun Instagramnya yang Rayqal kini telah menyambung persekolahannya di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.
Terbaru, Nora telah memuatnaik satu gambar bersama Rayqal. Tulis Nora di ruangan kapsyen, Nora berkesempatan menghantar Rayqal pulang ke sekolah. Perkongsian gambar terbaru Nora bersama Rayqal itu telah menarik perhatian warganet.
Ada yang menyatakan yang Rayqal kelihatan tinggi dan wajahnya saling tidak tumpah seperti Nora. Malah ada juga peminat yang menyak4t Nora kelihatan masih muda meskipun anaknya sudah meningkat remaja.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian Nora. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dah bujang lah anak sulung Nora, tinggi betul dia. Muka sama sebiji Nora, kulit jee macam abah dia.. “
” Besaqnya dh. Dlu kecik² tgk Nora sbg ibu muda yg sgt loving. Dr kecik senyum comel dia ttp menambat hati. Love u both.. “
” Rasanya kalau Rayqal potong rambut lagi nampak kemas. He is going to be a very handsome young man.. “
” Dah macam adik beradik pula tengok gambar ni, hehe macam kakak hantar adik balik asrama lah, muda betul Nora.. “
” Anak dah besar panjang, mummy dia still nampak muda belia, awet muda betul Nora ni. Rayqal muka Nora sebiji.. “
” He will look smarter in short hair, i guess. Muka anak lelaki memang selalu ikt muka ibu, sejuk orang cakap.. “
” Ehhh2 comelnya, ni mama ke kakak Rayqal, hahaha. Rayqal tinggi betul, baru umur 13 tahun kan dia.. “
Wah memang tinggi lah Rayqal, sekejap sahaja rasanya Rayqal sudah besar. Jelas terpancar betapa happy Nora dapat menghantar anaknya ke sekolah. Sekadar info, Nora telah mendirikan rumahtangga buat kali kedua dengan Nedim Nazri dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl.
Silakan SHARE..
Sumber : IG noradanish
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..