” Cutenya Fahri, tak sabar sangat nak tengok Fahri dan ibu jumpa baba.. ” – Netizen
Dayah Bakar Kongsi Gambar Anaknya, Achbar Muhammad Fahri Yang Kini Berusia 5 Bulan. Alahai Comelnya Fahri Pakai Baju Corak Askar, Mesti Tak Sabar Jumpa Baba Kan !!
Umum sedia maklum bahawa Dayah Bakar dan anaknya Achbar Muhammad Fahri telah berada di Australia untuk bertemu dengan suaminya Kapten Muhammad Hanif Hamidi. Dayah dan Fahri masih lagi dalam tempoh kuarant1n wajib 14 hari sebelum dibolehkan berjumpa dengan suaminya.
Menerusi laman Instagram milik Dayah, telah dikongsikan sekeping gambar Fahri yang mengenakan baju jumpsuit bercorak hijau hitam seakan-akan baju seragam askar. Fahri kelihatan tersenyum lebar dan sangat gembira sehingga mengangakan mulutnya.
Kapsyen yang ditulis pada posting tersebut, Dayah memberitahu bahawa hari ini bersamaan 18 Januari genap umur Fahri yang ke 5 bulan. Dayah meminta pengikutnya supaya mendoakan Fahri terus kuat dan sihat dan dipermudahkan urusan untuk berjumpa dengan babanya, kapten Hanif.
Selain itu, Dayah berpesan kepada peminatnya supaya tidak memangis kesed1han ketika menonton video perjalanan Dayah ketika ingin melahirkan Fahri yang berada di YouTube Channel miliknya. Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut laman Instagram Dayah.
Ikuti perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut laman Instagram Dayah mendoakan kesejahteraan buat Fahri. Ada juga yang tidak sabar untuk melihat Dayah dan Fahri bertemu dengan Kapten Hanif. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :
” Uncle doakan cpt2 jumpa Baba.. Takley bayangkan betapa rindunya Baba awak kt Fahri. Bgtau kt mama siap2.. Jgn jeles kt Fahri.. “
” Menang1s sampai sak1t kepala tgk video Fahri.. Cant wait lah nak tengok fahri and ibu jumpa baba.. Stay safe.. Semoga dipermudhkn segala urusan.. “
” Cute nye dia.. I cry watching ur vdeo.. Tak sabar sgat nk tgok fahri n ibu jumpa baba.. Moge diprmudahkn urusan dan prjlnan kalian nti.. Amin.. “
” Sebiji muka Dayah.. Love u Fahri.. Be a good son to ur parents ote.. Mummy doaka moga Allah lindungi Fahri dan seluruh keluarga Fahri.. Take care Fahri.. “
” Kenapa rasa mcm dia baru je lahir bulan lepas.. smoga membesar menjadi anak yg soleh dan sihat selalu.. “
” Happy 5 months fahriii sayang.. Semoga fahri membesar dgn sihat and kuat.. Dan juga semoga fahri akan menjadi seorang anak yg soleh dan baik untuk parents fahri.. “
” Auntie yg tak sabar pulak nak tgk ibu, Fahri jumpa baba.. Semoga selamat dan dipermudahkan untuk semua.. “
Tak sabar rasanya untuk melihat Fahri bertemu dengan babanya, Kapten Hanif. Ini merupakan pertemuan pertama mereka sejak Fahri dilahirkan. Semoga Fahri menjadi anak yang soleh dan berguna kepada ibu bapa, bangsa, agama dan negara.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dayah Bakar
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo OH Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..