” Comelnya tapi kenapa baby makan kek ? Gula is cannot !! “
Ditegur Netizen Kerana Memberi Anaknya, Aisya Yang Masih Kecil Makan Kek, Tak Sangka Ini Respon Umie Aida !!
Umum sudah mengetahui bahawa pelakon Umie Aida telah mengambil seorang anak angkat perempuan. Umie mengambil anak tersebut ketika masih berusia 12 hari. Bayi tersebut diberi nama Aisya Humairah dan beliau kini sudah mempunyai tanggungjawab yang baru.
Beliau sebenarnya tiada sebarang perancangan untuk mengambil anak angkat. Namun menyifatkan ia sebagai satu rezeki apabila bayi tersebut belum mendapat keluarga angkat lain. Tambahan pula, keputusannya itu turut dipersetujui oleh suaminya.
Aisya kini menjadi buah hati kesayangan Umie dan suaminya, Datuk Seri Khairuddin bin Abu Hassan. Aisya telah menjadi penyeri rumahtangga pasangan ini yang selama ini belum mempunyai rezeki untuk dikurniakan anak sendiri.
Menerusi akaun Instagram, Umie berkongsi video dan gambar anaknya, Aisya sedang bermain dan memakan kek. Aisya kelihatan begitu comot sekali dengan krim kek penuh di mukanya. Namun begitu gelagat Aisya ini sangatlah comel dan mencuit hati.
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Rata-rata netizen ger4m melihat kecomelan Aisya. Antara komen-komen mereka :
” Seronok dia eh hahaha.. “
” Ya Allah Aisyhhhh…comeiiiii.. “
” Waaa ger4m betul dia punya muka nak4l terserlah. . “
” Yeay seronok nye mandi kek.. “
” Puas hati betul ya dapat main krim kek ni.. “
” Ya Allah… Awaqq comeyyy sgt nie.. “
Namun terdapat netizen yang mempersoalkan tentang pemberian kek kepada Aisya yang masih kecil. Umie turut memberi responnya :
Wah, admin pun baru tahu ada susu khas yang dibuat untuk bermain. Jadinya tidaklah bah4ya jika anak termakan bahan tersebut. Apa pun, Aisya tetap comel. Semoga Aisya membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah serta berjaya di dunia dan akhirat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Umie Aida by Berita Kopak / Oh Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..