” Semoga sweet tu sampai ke kahwin.. “

Nur Risteena Kongsi Perbualan Whatsapp Pada Awal Perkenalan Dengan Tunangnya, Isa Khan Yang Bersemut Habis. Wah, Dah Lah Handsome, Romantik Pulak. Untung !!

Umum sudah mengetahui bahawa pelakon cantik Nur Risteena Munim telah pun bergelar tunangan orang. Beliau telah mengikat tali pertunangan dengan pelakon, Isa Khan pada 23 November 2019 lalu selepas lima bulan berkenalan.

Pasangan ini mengadakan majlis pertunangan di Bali, Indonesia, dengan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua bel4h pihak. Risteena berjaya menyembunyikan kisah cintanya selama ini tanpa dapat dihidu oleh pihak media.

Risteena mula dikenali umum dalam dunia seni lakonan tanahair menerusi drama bersiri Pl4yboy Itu Suami Aku yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Beliau memegang watak utama sebagai Afina Aulia di samping pelakon Fattah Amin.

Menerusi akaun Instagram, Risteena berkongsi beberapa screensh00t perbualan Whatsapp beliau bersama tunangnya, Isa Khan. Menurut Risteena, perbualan tersebut adalah ketika di awal perkenalan mereka. Wah, awal perkenalan pun dah romantik habis !!

View this post on Instagram

Ramai yang tanya saya, macam mana pertemuan saya dan Isa Khan. Siapa mengorat siapa. Macam mana hubungan tu bermula. Insyaallah one day saya akan share betul-betul dengan semua. Tapi harini saya nak share sikit satu kenangan indah dimana hubungan ini baru nak bermula. Satu kenangan yang akan sentiasa diingati. Sehingga sekarang Isa Khan masih orang yang sama saya kenal dulu. Semoga terus kekal orang yang sama. . Hargai FAMILY dan orang-orang yang rapat dengan kita seperti hari ini hari terakhir kita dapat melihat mereka. Kerana kita tidak tahu bila mereka akan pergi selamanya. Tunjukkan kasih sayang korang pada orang yang korang sayang. Spread love. Show love before it’s too late♥️ Saya juga mendoakan kalian mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Amin ♥️

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Rata-rata netizen mendoakan pasangan ini sentiasa berbahagia dan segera berkahwin. Antara komen-komen mereka :

” I pun pernah bercinta, and masa bercinta mmg sweet begini. So I dont mind  And hope u guys kekal sampai ke jinjang pelamim .. “

” Semoga sweet tu sampai ke kahwin.. “

” Semoga ke jannah.. manis betul.. “

” Ok cepat2 halal kan dan bertanggungjawab.. “

” Dahla ensem sweet pula tu hm.. “

” Cepat la kawennnn.. “

” Sweet sekali ya kak nur_risteena Salam saya dari indonesia, saya suka drama malaysia.. “

Wah, sweet sangat pasangan ini. Nampak bahagia sangat. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga hubungan Risteena dan Isa Khan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Jangan tunggu lama-lama tau untuk mendirikan rumah tangga !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nur Risteena by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..